Monday, 18 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 77-80 - Siaran pos 82



MASALAH  77- Maksudnya percraian dalan perkahwinan

Apakah yang dimaksudkan perceraian dalam hal perkahwinan dan bagaimanakah pula ianya ada kaitan dengan perkataan “talaq”.  Minta tuan terangkan selanjutnya?

Jawapan.


Perceraian dan talak itu ada persamaan.  Talaq atau perceraian, jika dilihat dari sudut bahasa mengertikan tindakan melepas atau menguraikan ikatan perkahwinan.  Dari sudut istilah ia bermaksud tindakan melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz (perkataan) yang tertentu, iaitu talaq (perceraian), firaq (perpisahan) dan sarah (pelepasan), seperti seorang suami berkata kepada isterinyaa; “Engkau telah ku talaqkan”  atau “Engkau seorang perempuan yang sudah ditalaq” dan sebalikya.

Maksudnya selanjutnya ialah seorang suami menceraikan atau memisahkan atau  memutuskan perkahwinan dirinya dengan isterinya melalui perkataan talaq seperti yang disyaratkan dalam hal pekahwinan.

Perceraian itu dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan kepada arah atau sudut kita melihatnya iaitu (1) Perceraian dengan bayaran dan (2) Perceraian tanpa bayaran.


Perceraian dengan bayaran – Iaitu perceraian yang disitilahkan oleh ulamak sebagai “Khuluk”  dan ia terkenal di dalam masyarakat kita sebagai “tebus talak”. Kami  akan terangkan selanjutnya nanti mengenai hal ehwal “khuluk” atau “tebus talak” kemudian.

Perceraian tanpa bayaran ialah prceraian yang biasa yang sering berlaku dalam agama Islam di kalangan suami isteri. Ia dibahagikan kepada tiga jenis atau nama seperti perceraian atau (1) “Talaq Sarih”, (2) “Talaq Kinayah  dan  (3)   Talaq Ta’liq”.   
   
  (1)..Talaq Sarih.

 Iaitu talq dengan menggunakan ucapan yang jelas dan tegas maksudnya    menunjukkan makna perceraian atau menjatuhkan talaq tanpa berkehendakkan kepada niat, seperti seorang suami dengan sengaja berkata kepada isterinya walaupun hatinya tidak berniat untuk menceraikannya seperti : “Aku talaqkan engkau”  atau suaminya berrkata “Aku ceraikan engkau dengan talaq satu (atau dengan talaq dua)  atau dengan talaq tiga”. Dengan ucapan begitu maka perceraian tetap berlaku di antara kedua-duanya sekalipun tanpa niat daripada si suami. Lantaran itu perkataan-perkataan tersebut tidaklah saeharusnya diucapkan oleh si suami secara sewenang-wenangnya kepada isterinya walaupun  dalam bentuk main-maian atau gurauan sahaja. Rasulullah s.a.w. mengingatkan para suami kedudukan ini ababila baginda bersabda:

ثـَللَاثٌ جِدُّهُنَّ وَهَزْلـُهُنَّ جِدٌّ : اَلنـَّكَحُ وَالطَّلَاقُ وَالرَّجْعَةُ.
Ada tiga perkara yang apabila disungguhkan ia tetap menjadi dan pabila di main-mainkan pun ia tetap menjadi, iaitu nikah, talaq dan rujuk”

Terdapat tiga perkataan atau ucapan yang dihukum termasuk ke dalam talaq jnis Talaq Sarih ini iaitu “talaq” (perceraian) “ firaq”(petrpisahan) dan “ sarah”(pelepasan).
Apabila seorang suami sengaja menyebut dihadapan isterinya salah  satu di antara prerkataan tersebut di atas atau sama ada dari segi ketetapan dan ketegasan maksudnya, maka terlerailah ikatan perkahwinan di antaranya dengan istertinya.

(2).. Talaq Kinayah.

Iaitu talaq dengan menggunakan ucapan yang tidak jelas maksudnya bagi menunjukkan perceraian.  Ia boleh diertikan sebagai perceraian dan boleh diertikan dengan maksud yang lain.  Talaq jenis ini memerlukan niat daripada si suami,  seperti katanya “Engkau pulanglah kepada ibu bapamu”  atau “Engkau kahwinlah dengan orang lain” atau “Saya tidak berhajat lagi kepadamu” dan pelbagai ungkapan lain yang mungkin membawa maksud yang lain selaian dai perceraian.
Ucapan-ucapan saperti di atas jika diniatkan oleh pengucapnya sebagai cerai, maka jatuhlah talaq ke atas si isteri yang dimaksudkan.  Tegasnya ia amat bergantung dengan niat si suami yag mengucapnya.

(3).. Talaq Ta’liq.

Iaitu talaq yang digantungkan dengan sesuatu perkara atau perbuatan, sama ada perbuatan itu dilakukah oleh si isteri atau oleh si suami sendiri, seperti seorang suami berkata kepada isterinya  ”Jika engkau keluar daripada rumah ini tanpa kebenaranku maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau pergi ke rumah ibumu maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau balik ke rumah ibu bapamu selama sebulan maka engkau akan tertalaq”

Dalam perkara contoh di atas jika berlaku perkara yang digantungkan itu maka jatuhlah ke atas  si isteri berkenaan, seperti isteri keluar rumah tanpa izin suaminya atau dia pergi ke rumah orang yang dilarang oleh suaminya atau si isteri pulang ke rumah ibu bapanya selama masa sebulan. Talaq akan jatuh dan prerceraian akan berlaku dengan berlakunya perkara-perkara yang digantungkan di dalam kesemua ucapan si suami.
 (Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam – Aturan Perkahwinan  (2006),m.s. 129).


Masalah 78.Bagaiman pandangan Iaslam hal perceraian

Bagaimana pandangan Islam terhadap perlakuan suami yang menceraikan isterinya ?

Jawapanm.

Perceraian merupakan satu  perbuatan yan halal, tetapi ia amat dibenci oleh Allah s.w.t.   Rasulullah  s.a.w.bersabda:

أ َبْغَضُ الـْحَلَالِ عـِنْدَ اللهِ الطَّلَا قُ.
Perbuatan halal yangamat dimurkai Allah s.w.t.
ialah talaq (perceraian)
(H.R. Ibn Majah)
Para ulamak telah membahagikan perbuatan melakukan  perceraian itu kepada lima perkara menurut hukum-hukum Islam  seperti:

(1).. Haram – Iaitu apabila seorang suami menceraikan isterinya ketika dia sedang berada di dalam haid atau nifas atau pada sewaktu suci yang disetubuhinya.
(2).. Makruh – Iaitu apabila seorang sauami mencertaikan isterinya yang baik tingkah lakunya, taat kerpada ajaran agama Islam dan tidak melakukan apa-apa kesalahan.

(3).. Wajib – Iaitu perceraian atau talaq yang dijatuhkan oleh hakim (orang tengah) dalam perselisihan suami isteri yang tidak dapat di damaikan lagi  disamping kedua-dua belah pihak sama-sama mengambil keputusan untuk bercerai serta bersetuju bahawa perceraian adalah jalan yang paling baik untuk menyelesaikan ketegangan mereka.  Termasuk juga di dalam perceraian yang wajib ialah tindakan suami yang bersumpah tidak akan mensetubuhi isterinya dan dia patuh kepada sumpahnya itu selama melebihi empat bulan.

(4).,. Sunat – Iaitu apabila seorang suami menceraikan isterinya yang mempunyai kelakuan yang buruk, tidak taat kepada perintah agama serta tiak menjaga kesopanan dirinya.
(5).. Harus – Iaitu apabila seorang suami menceraikan isterinya ketika dia tidak sayang kepadanya dan dia tidak meberikannya nafkah.

Kelima-lima hukum di atas dilihat dari sudut tindakan bercerai atau menjatuhkan talaq yang dihubungkaitkan dengan keadaan si isteri pada ketika itu.  Hukum-hukum ini tidak membabitkan tentang kesahan perceraian itu.  Perceraian tetap dihukum sah, apabila cukup rukun dan syaratnya, sekalipun tindakan melakukannya itu dihukum sebagai perbuatan haram atau makruh dan sebagainya yang termasuk ke dalam salah satu di antara lima hukum yang telah kami sebutkan itu.
Talak jika berdasarkan kepada masa jatuhnya terbahagi kerpada “munjiz” “mudaf” dan “ mu’allaq”.


Talag Munjiz ialah talaq yang ucapannya tidak mengandungi syarat dan tangguhan masa, seperti seorang suami berkata kepada isterinya “Aku talaqkan kamu” atau “Kamu perempuan yang sudah ditalaq” .  Ucapan ini menunjukkan bahawa talaq itu akan jatuh serta merta tanpa dikaitkan dengan masa yang ditangguhkan atau dengan apa-apa syarat. Talaq Munjiz ini akan berlaku kesannya apabila sahaja ucapannya disebut oleh si  suami di samping sempurna pada dirinya syarat-syarat yang lain.


Talaq Mudaf ialah ucapan talaq digandingkan dengan masa di mana dikehendaki talaq itu berlaku apabila sampai ketikanya, seperti berkata si suami kepada  isterinya: “Kamu akan tertalaq pada esok hari” atau “Kamu akan tertalaq  pada awal bulan.”  Hukum talaq ini tidak akan berlaku kecuali apabila tiba masa yang telah ditentukan oleh si suami. Pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengatakan bahawa si isteri akan  jatuh talaqnya dengan serta merta sama seperti keadaannya di dalanm Talak Munjiz.

Talaq Mu’allaq – ialah samalah seperti hukum talaq Ta’alliq :

Iaitu talaq yang digantungkan dengan sesuatu perkara atau perbuatan, sama ada perbuatan itu dilakukah oleh si isteri atau oleh si suami sendiri, seperti seorang suami berkata kepada isterinya  ”Jika engkau keluar daripada rumah ini tanpa kebenaranku maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau pergi ke rumah ibumu maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau balik ke rumah ibu bapamu selama sebulan maka engkau akan tertalaq”
Dalam perkara contoh di atas jika berlaku perkara yang digantungkan itu maka jatuhlah ke atas  si isteri berkenaan, seperti isteri keluar rumah tanpa izin suaminya atau dia pergi ke rumah orang yang dilarang oleh suaminya atau si isteri pulang ke rumah ibu bapanya selama masa sebulan. Talaq akan jatuh dan prerceraian akan berlaku dengan berlakunya perkara-perkara yang digantungkan di dalam kesemua ucapan si suami.
 (Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam – Aturan Perkahwinan  (2006),m.s. 133).


Masalah 79 .Bagaimanan pembahagian masa talaq

Apakah ada pembahagian atau masa Talaq itu apabila seorang suami melafazkannya ?

Jawapan.

Pembahagiuan  talaq  itu mengandungi tiga caranya iaitu ”Talaq Raji’i ” ”Talaq  Ba’in Bainunah Sughra ” dan  ”Talaq Ba’in Bainunah Kubra”

     1.  Talaq Raji’i menurut istilah ulamak ialah Talak Satu dan Talaq Dua yang belum habis idah si isteri yang diceraikan, maka si suami boleh merujuk (berblik semula) isterinya itu tanpa memerlukan kepada akad perkahwinan yang baru.  Tetapi apabila tamat masa idahnnya, si suami tidak lagi dapat merujukkan isterinya kecuali dengan akad perkahwinan yang baru, sama ada pada talaq satu atau pada talaq dua.  Pada peringkat ini kedua-dua talaq itu, iaitu pertama atau kedua yang habis masa idah si isteri, dinamakan sebagai ”Talak Ba’in”. Kedua-dua pembahagian ini adalah berdasarkan kepada kesannya ke atas rujukan yang mungkin berlaku.  Talaq Ba’in ini pula terbahagi kepada dua bahagian:

2.     Talaq Ba’in Bainunah Sughra, seperti talaq pertama atau kedua yang habis masa idah si isteri, talaq dengan tebusan (iaitu khuluk) dan talaq yang dilakaukan terhadap isteri yang belum disetubuhi.

3.     Talaq Ba’in Bainunah Kubra, iaitu talaq tiga atau talaq yang ketiga, di mana si suami tidak diharuskan merujuk isterinya lagi kercuali apabila bekas isterinya berkahwin lain dan diceraikan oleh suami yang baru itu dengan syarat si suami yang baru itu sudah menyetubuhinya dan tamat pula  masa idahnya.
                (Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam – Aturan
               Perkahwinan  (2006),m.s. 135)

Masalah 80. Apa maknanya Khuluk?


Saya kurang faham mengenai takrif  Khuluk, minta terangkan Takrif  Khuluk  itu


Jawapan.

Khuluk berarti menanggalkan pakaian. Kerana perempuan sebagai pakaian laki-laki dan laki-laki pun sebagai pakaian bagi perempuan.
Fieman Allah swt:-
  Hunna Libasul  lakum Waantum Liba sun Lahunna”
“Mereka (isteri - isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu pun pakaian bagi mereka.”   (Al-Baqarah ayat 187)

Khuluk dinamakan juga tebusan, kerana isteri menebus dirinya dari suaminya dengan mengembalikan apa yang pernah diterimaya atau mahar kepada isterinya.
Menurut ahli Fiqh, khuluk adalah “isteri memisahkan diri dari suaminya dengan ganti rugi kepadanya.”    Dasar pengertian ini ialah dari hadis riwayat Bukhari dan Nsaie  yang bermaksud:-
“Isteri Tsabit bin Qais bin Syammas datang kepada Raulullah saw sambil berkta: “ Wahai Rasulullah! Saya tidak mencela akhlaq dan agmanya, tetapi tidak ingin mengingkarai ajaran Islam. Maka Jawab Rasulullah saw: maukah kamu mengembalikan kebunnya (Tsabit, suaminya)  jawabnya;” Mau… Maka Rasulullah saw bersabda; “ Terimalah, (Tsabit) kebun itu dan talaklah ia satu kali.”
b.         Berikan contoh lafaz Khuluk.

Contoh (1) bagi yang menerima tawaran seperti suami berkata kepada  seseorang lelaki “ Aku khuluk isteriku  dengan bayaran satu ribu ringgit ke atas zimmah (tanggungan) engkau” (lelaki itu)  maka terus lelaki itu menerimanya, maka sahlah khuluk itu dan ia bertanggungjawab membayarnya.

Contoh (2) bagi  yang meminta  dilakukanm khuluk seperti berkata seseorang ajnabi (orang asing) kepada seorang suami “ Awak khuluk isteri awak di atas satu ribu ringgit pada tanggungan aku” lalu suami itu terus khuluk isterinya di atas yang demikian itu.

c.          Berikan rukun dan syarat syarat khuluk;

      Jawapan.

      Ruknma Khuluk ialah:-
(1)       Orang yang bertanggungjawab membayar tebus talak.
(2)       Al-Budz (faraj) wanita atau jimak.
(3)       Bayarn tebus talak
(4)       Suami
(5)       Sighah (lafaz ijab dan qabul).

       Syarat-Syarat bagi Setiap rukuan:-
(1)       Orang yang bertanggungjawab membayuar tebus talak itu ialah seorang yang tidak dihalang dari nengurus hartanya  sama ada ia isteri kepada suami yang berkenaan atau orang lain, lelaki atau pun perempuan dan sama ada ia yang menerima tawaran tebus  talak atau ia yang meminta    dilakukan tebus talak.

(2)       Disyaratkan pada budz (faraj) hendaklah ia milik bagi suaminya. Maka isteri yang sedang dalam iddah talak Rajaie  sah dan boleh dikhuluk, kerana ia dianggap masih seperti isteri pada kebanyakan hukum. Berlainan dengan isteri yang ditalak Bain, kerana ia telah ter;utus huubunga suami isteri, maka tidak sah dikhuluj keatas ianya yang dalam talak bain.

(3)       Disyaratkan pada bayaran   tebus talak itu hendaklah ia terdiri dari sesuatu yang dikehendaki (dihajati) oleh suami. Kalau dengan bayaran yang haram dari segi syarak tidak sah khuluk itu bahkan jatuh talak Rajaie tanpa wajib sebarnag bayaran tanpa berhajat pada sesuatu.

(4)       Disyaratkan poada suami bahawa ia seseorang yang sah untuk menjatauhkan talaknya.

(5)       Disyaratkan pada sighah atau ijab dan qabul tidak diselangi di antara kedua-duanya oleh perkataan yang tidak releven dengan khuluk.


d.         Adakah khuluk dibolehkan semamsa isteri dalam haid?

Jawapan.

 Pada asalnya khuluk dalam masa haid adalah haram, tetapi dikecualikan apabila seseorang itu menceraikan dengan bayaran atau khuluk isterinya.
Firman   Allah swt yang bermaksud:-
‘Maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberi oleh isteri untuk menebus dirinya.”
Dan Nabi s.a.w. memberi keizinan kepada Thabit bin Qais melakukan khuluk tanpa bertanya dan mengkaji kedudukan isterinya ketika itu adakah ia sedang haid atau tidak sedangkan haid itu suatu tabiat dan jarang-jarang sekali wanita yang tidak ada haid.  Ini menandakan tidak dilarang melakukan khuluk dalam masa haid, kerana  seorang wanita apabila dia sanggup memberi bayaran tebus talak bagi membebaskan dirinya bererti dia redza bagi dirinya  dengan  pemanjangan iddah.

e.          Terangkan hukum berkhuluk menurut ulama  fiqh:-

(1)       Makurh – jika  tidak ada sebab-sebab  yang nunasabah mendorong ia khuluk.

(2)       Sunat – Apabila isteri berakhlak buruk dengan suaminya.

(3)       Harus – Diharuskan khuluk bagi mereka yang bersumpah bertalak dengan talak tiga  kalau tidak melakukan sesuatu yang mesti ia lakuakan seperti makan, miunum atau masuk dalam rumah, maka ia bertebus talak agar dapat melepaskannya dari berkaku talak tiga.  Para ulam’ berpendapat sunat dilakukan khulu.

(4)       Terbatal – apabila seorang suami menahan nafkah isteri dengan tujuan supaya isterinya bertebus talak darinya, maka terbatal khuluk cara ini.

f.           Jelaskan pandangan Ulama Fiqh adakah khukluk itu Fasakh atau talak..

Fasakh ialah perceraian yang tidak mengurangkan bilangan talak yang dimiliki oleh suami, sebaliknya talak ialah perceraian yang mengurangkan bilangan talak hak suami.
Jika dalam perceraian itu digunakan lafaz talak dengan bayaran seperti kata suami “Aku talakkan engkau dengan seribu ringgit” maka ini dianggap talak yang mengurangkan bilangan  tanpa khilaf ulama’.
    
    Penceraian dengan lafaz khuluk pula menurut pendapat yang muktamat  
   dianggap talak yang juga mengurangkan bilangannya.  Begitui juga
   jika digunakan lafaz  “Aku tebuskan engkau dengan satu ribu ringgit”,
   maka ia dianggap talak menurut pendapat yang sah

g.          Terangkan sama ada khuluk boleh di rujuk semula.

Apabila seseorang lelaki telah mentalakkan isterinya dengan bayaran atau khulu’ isterinya, maka suami tidak boleh lagi merujuk isterinyaa yang diceraikan itu, walau pun perceraian itu hanya dengan satu atau dua talaq sahaja., sama ada bayaran yang disebut sah atau fasid, melainkan dengan pernikahan yang baru yang perlu mengikuti beberapa proses yang tertentu..
h.         Terangkan adakah semua  perceaian secara khuluk dianggap talak bain?
Talak adakala Bain dengan wajib membayar kadar yang disebut sewaktu melafaz talak.  Jika sah lafaznya dan sah sebutan bayarannya,. Adakala bain dengan mahar mithil, iaitu jika bayaran tebusan itu sahaja yang TIDAK sah sedangkan ia dikeheneaki.
Adakalanya jautuh takak Rajaie apabila sighah yang digunakan itu fasad (tidak sah) seperti katanya “ Aku khulukkan engkau dengan satu ribu ini dengan syarat aku boleh rujuk.” Maka bayaran itu fasad dan tidak dikehendaki.
Begitu juga adakalanya tidak jatuh talak sama sekakli iaitu jika ditaklikkan dengan sesuatu yang tidak wujud.

 --------------------------oooooooooooooooooooo------------------------------

No comments:

Post a Comment