Monday, 18 April 2011

Masalah Agama Islam Bab -46 - 48 - Siaran 73


Pemandangan di sekitar Bandar Taman Pekaka, Transkrian, kampus Kejuruteraan  Universiti Sains Malaysia.NibongTebal, SPS.








Semasa menaiki bas yang saya kena berdiri untuk pergi semabahyag Jumaat dan mempunyai wuduk dan dalam perjalanan itu saya tersentuh dengan rambut wanita yang sama-sama berdiri dengan saya. Apakah batal atau tidak wuduk saya itu ?

Jawapan.
Ketahuilah persentuhan yang membatalkan wuduk itu adalah disyaratkan berlainan kelamin yang bukan mahram iaitu kulit dengan kulit. Jadi persentuhan kulit laki-laki dengan gigi, kuku, atau rambut perempuan yang bukan mahram juga tidaklah membatalkan wuduk anda.  Kerana gigi, kuku, dan rambut, bukanlah kulit dan tidak membawa kelazatan dengan menyentuhnya.
Terdapat satu siaran dalam Kitab Ghayatul Bayan ’ala Zubadibni Ruslan” halaman 46 yang ertinya seperti berikut:-

Dan setengah dari pada yang membatalkan wuduk, adalah persentuhan perempuan akan laki-laki; artinya meyentuh laki-laki akan perempuan yang helat lagi dewasa dengan kulit masing-masing.  Dan iaitulah selain  gigi, rambut, dan kuku atau sesuatu yang semakna dengan keduanya,”
Masalah 47. Orang bukan mahram  batal wuduk

Saya ingin tahu si ”A” saudara yang tua dan si ”B” saudara yang muda.  Si ”A” mempunyai anak perempuan dan si ”B” mempunyai anak laki-laki. Batalkan wuduknya jika kudua anak-anak  mereka bersentuhan kulit dengan kulit.

Jawapan.

Adapun anak si ”A” dan anak si ”B” itu disebut saudara sepupu, dan mereka bukan mahram. Oleh itu jika mereka bersentuhan kulit dengan kulit antara mereka adalah menjadi batallah wuduk keduanya itu.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Islam,  Jil. 4 m.s 114)


Masalah 48. Ambil wuduk tidak baca doa ?
Apabila kita mengambil air sembahyang dan telah dilaksanakan dengan segala fardhunya dari sewal sampai akhir.  Pada waktu membasuh muka tidak membaca doa, begitu juga di waktu membasuh tangan dan selanjutnya tidak membaca doa, apakah sah air sembahyang itu atau tidak?

Jawapan.

Syarat berwuduk adalah seperti berikut:-
a.     Niat
b.    Membasuh muka.
c.     Membasuh dua tangan berserta sikunya.
d.    Menyapu sebahagian kepala.
e.     Membasuh dua kaki serta hingga  dua mata kakinya.
f.      Tertib.

Itulah syarta-syaratnya dan jika tertinggal salah satu dari padanya, maka tidaklah sah air sembahyag atau wuduk tersebut. Dala mhal berwuduk ini tersebut firman Allah s.w.t.:

يَآاَيُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا إِذَا قُمْتُمْ اِلىَ الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكُمْ
وَاَيْدِيَكُمْ إِلىَ الـْمَرَافِقِ وَامْسَحُوْا بِرُؤُسِكُمْ وَاَرْجُلكُمْ
إِلىَ الـْكَعْبَيْنِ. (المأيده: اية 6)
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman. Apabila kamu hendak mengerjaklan solat, maka basuhlah muka mu dan tangan mu sampai ke siku, dan sapulah kepala mu, dan basuhlah  kaki mu sampai dengan kedua mata kaki. (Al- Maidah ayat 6)
(Rujukan Kitab Masalah Agama Islam, Jil.4, m.s. 116)

                            ---------------------oooooooooooo-----------------------
Masalah  46. Terkena rambut wanita, batalkah wuduk ?

No comments:

Post a Comment