Email - hjdan@myjaring.net
Masalah 259 – Apakah Rukun Iman Yang Ke Empat
Mohon tuan terangkan Rukun Iman yang Keempat secara terperinci, iaitu sebagai memperingatkan semula pelajaran tersebut.
Jawapan.
Rukun Iman Yang Keempat –Beriman kepada Kitab-Kitab Allah.
Bahawa sesungguhnya setiap rasul dan nabi yang diutuskan kepada sesuatu kaum dan bangsa mempunyai syariat dan ajaran. Semua ajaran itu disampaikan oleh malaikat dan dicatatkan di dalam kitab-kitab dan suhuf (helai). Jumlah kitab-kitab suci tidak diketahui jumlah sebenarnya. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Namun begitu setiap rasul dan nabi itu pasti dibekalkan dengan kitab-kitab suci masing-masing.
Beriman kepada kitab Allah itu bererti kita wajib beriktikad dan berkeyakinan dengan sebenar-benarnya bahawa sesugungguhnya Allah Taala itu mempunyai beberapa kitab suci yang merupakan fuirman Allah yang hakiki. Diturunkan melaluiu wahyu yang disampaikan dengan perantaraan malaikat Jibril alaisalam. Firman Allah s.w.t. :-
كَانَ النَّاسُ أ ُمَّـةً وَحِدَةً فَبَعَثَ اللهُ النَّبِيِّنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنـْزَلَ مَعَهُمُ الـْكِتَبَ بِـالـْحَقِّ لـِيَحْكُمَ بَيْنَ النـَّاسِ فِيْمَا اخـْتَلـَفُوْا فِيهِ. ج (البقرة 213)ز
“Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya mereka telah berselisih faham, maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi amaran kepada yang engkar dengan khabar buruk akan ditimpa azab neraka dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikkan. ”
(Surah al-Baqarah ayat 213)
Sejak Nabi Allah Adam sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w. jumlah kitab-kitab suci yang telah diturunkan ialah sebanyak satu ratus enpat (104) buah. Seratus (100) buah suhuf (lembaran) dan 4 buah kitab suci.
Antara kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada para rasul-rasul ialah :-
a. Kitab Taurat.
b. Kitab Zabur.
c. Kitan Injil .
d. Kitab Suci Al-Quran.
(1). Kitab Taurat.
Kitab Taurat ini diturunkan kepada Nabi Allah Musa a.s. Kandungan kitab Taurat mengandungi hukum-hukum syariat serta iktikad yang betul, benar dan diredhai Allah. Kandungan kitab suci Taurat ini adalah wahyu Allah yang disampaikan kepada Nabi Musa untuk disampaikan kepada kaumnya. Antara lain kandungan Taurat ialah turut juga menceritakan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul terakhir.
Firman Allah s.w.t.:-
إِنـَّآأ َنْزَلـْنَا التَّوْرَــة َ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ ج يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الـَّذِينَ أ َ سْلـَمُوا لـِلـَّذِينَ هَا دُوْاوَا لرَّبَّنـِيُّونَ وَالْأ َاحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوْا مِنْ كـِتَبِ اللهِ وَكَا نُوْا عَلـَيْهِ شُهَدَآءَ ج. (ألمايده 44)
Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya mengandungi petunjuk kebenaran dan cahaya yang terang dengan itulah nabi-nabi yang patuh (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang Yahudi dan dengannya juga ulama mereka dan pendita-penditanya menjalankan hukum Allah. Sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (kitab Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasan (dari sebarang perubahan).”
(Surah al-Maidah ayar 44).
(2). Kitab Zabur.
Kitab suci Zabur diturunkan kepada Nabi Allah Daud a.s. Kitab Zabur mengandungi fatwa-fatwa, doa, zikir, nasihat-nasihat atau peringatan yang mesti dijalankan oleh umat Nabi Daud. Kitab Zabur tidak nengadungi syariat atau hukujm-hukum Allah kerana Nabi Daud mengikuti syariat Nabi Allah. Firman Allah s.w.t. –
وَءَاتـَيـْنَا دَاوُدَزَبـُورًا. (ال-لإشرأ 55)
Kami (Allah) tealah memberikan kitab Zabur kepada Nabi Daud.
(Al-Isra; ayat 55).
(3). Kitab Injil.
Kitan Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s., mengandungi wahyu-wahyu Allah yang mengajar manusia kembali menyembah Allah. Di dalam kinath Injil ini juga diterangkan tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah yang terakhir dan penyudah segala rasul dan nabi.
Kitab Injil yang ada sekarang ini sudah tidak ada keasliannya lagi kerana sudah berlaku perubahan di sana sini. Ada empat kitab Injil pada masa sekarang iaitu Injil Matius, Injil Markus, Inil Lucas dan Injil Johannes.
Keempat-empat kitab Injil tersebut dikarang oleh empat orang pendita Kristian dan isinya saling bertentangan antara satu sama lain. Kitab-kitab tersebutlah yang kini menjadi pegangan penganut agama Kristian.
(4). Kitab Suci Al-Quran.
Kita suci al-Quran merupakan kitab suci yang terakhir yang diturunkan kepada umat manusia. Al-Quran penutup segala kita. Kitab suci al-Quran ditrunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah dan Madinah selama 22 tahun 2 bulan dan mengandungi 6,236 ayat.
ASl-Quran mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan berbreza dengan kitab-kitab yang terdahulu. Antara keistemawaannya ialah:
a. Isi kandungannya sesuai untuk semua bangsa tanpa menghira warna kulit dan bahasa serta sesuai dalam semua keadaan dan tempat untuk semuaa zaman. Ajaran kitab al-Quran kekal dan sesuai sampai ke akhir zaman. Asl-Quran bersifat universal (kesejagatan). Manakala kita-kitab suci yang diturunkan sebelumnya hanya sesuai untuk zaman, umat dan suasana pada masa ia diturukan sahaja.
b. Kitab suci al-Quran kekal dalam keadaan asalnya walau satu huruf pun. Tidak ada sebarang perubahan dan kesilapan. Hakikat ini dijamin oleh Allah seperti firman-Nya :-
إِنـَّا نَحْنُ نَزَّلـْنَا الذِّكْرَوَ إ ِنـَّا لَهُ لـَحَفِظُونَ. (الهجر9)
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan peringatan (al-Quran)
itu dan sesungguhnya kami pasti memeliharanya (daripada
kepalsuan)”
(Surah al-Hijr: ayat 9).
Kitab suci yang lain seperti Injil, Zabur, Taurat sudah diubah
mengikut selera pengikut agama masing-masing.
c. Al-Quran itu dapat dibuktikan keasliannya, tidak dicampur aduk dengan bahasa percakapan manusia. Al-Quran dapat dibuktikan bahawa ia benar-benar wahyu Allah.
d. Kitab suci al-Quran mempunyai bukti sejarah yang terang dan jelas dilengkapi dengan sebab-sebab sesuatu ayat diturunkan. Tarikh, masa dan tempat ayat al-Quran diturunkan dapat dibuktikan dengan catatan sejarahnya yang sahih. Sedangkan kitab-kitab suci terdahulu mengandungi kekaburan fakta sejarahnya.
e. Kitab suci al-Quran adalah penyempurnaan segala kitab yang sebelumya. Firman Allah s.w.t. :-
اَلـْيَوْمَ أ َكْمَلـْتُ لـَكُمْ دِينَكُمْ وَأ َتـْمَمْتُ عَلـَيْكُمْ نِعْمَتِى
وَرَضَيْتُ لـَكُمُ الْاءِسْلـَمَ دِيـنـًا ج (المأيده: 3)
“Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu
agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat Ku dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama baginya.” (Surah al-Maidah ayat 3)
-----------ooooooooooooo------------------
No comments:
Post a Comment