Email - hjdan@myjaring.net
Masaalah 98*-Tanda-tanda isteri yang nusyuz
Jawapan.
Tanda-tadanta yang menunjukkan isteri suyuz banyak dan di antranya ialah:
Jawapan.
1. Tidak mentaati perintah suami.
2. Bersikap kasar ataupun bermasam muka pada suami.
3. Keluar meninggal rumah tanpa mendapat keizinan suami.
4. Melakukan sesuatu yang dilarang ataupun dibenci oleh suami.
5. Tidak menjalankan tugas ataupun kewajipan dengan baik sebagai isteri dan lain-lain lagi.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.246)
Masalah 99*-Tindakan perlu diambil pada isteri nuzyuz.
Jawapan
Apabila sudah ternyata dan jelas isteri berlaku nusyuz, suami perlu bertindak menuurut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam iaiatu:
1. Mula-mula sekali isteri perlu dinasihati dengan baik dan penuh pengajaran supaya ia dapat menyedarkannya daripada kesalahan itu.
2. Sekiranya tidak berjaya dan tidak memberi kesan, suami perlu memulaukannya daripada tempat tidur bersama dengannya.
3. Sekiranya isteri masih nusyuz, maka suami dibenarkan memukulnya, tetapi jangan sampai mencederakannya ataupun jangan memukul di perut atauun muka kerana ini dilarang dalam Islam. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quram Surah An Nisa’ ayat 34 yang bermaksud;
”Dan isteri-isteri yang kamu takuti berlaku nsyuz, maka kamu perlu menasihati mereka dan pindahkan daripada tidur bersama dengan mereka dan pukullah mereka, sekiranya mereka kembali mentaati kamu, janganlah kamu mencari jalan henbdak menyusahkan mereka, dan sesungguhnya Allah itu maha tinggi lagi maha besar. (An-Nisak ayat 34)
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.248)
Masalah 100* – Apalah erti Talak dan bagaimana boleh dilakukan?
Jawapan
Perkataan Talak adalah perkataan Arab yang memberi erti bercerai ataupun berpisah. Mnurut istilah kita, ia bermaksud melepaskan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak ataupun seumpamanya.
Bilangan talak yang boleh dilafazkan oleh suami adalah sebanyak dua kali sebagai Talak Raj’ie iaitu talak yang boleh dirujuk semula, dan maksimumnya sebanyak tuga kali sebagai talak bain. Dalam maslah ini Allah s.w.t. mejekaskan dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 229 seperti berikut:
ا َلطَّلَقُ مَرَّتَانِ فـَإِمْسَكُ بِمَعْرُوفٍ أ َوْ تَسْرِيعُ بِإِحْسَنٍ
“Talak itu ada dua kali, sesudah itu, suami diberi peluang merujuk krmbali dengan baik ataupun dilepaskannya dengan cara yang lebiH baik juga.”
(Al-Baqarah ayat 229)
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.248)
Masalah 101*-Apakah hukum sebenar Talak menurut Islam?
Jawapan.
Hukum talak ataupun bercerai dalam Islam terletak pada keadaan dan suasana hubungan suami isteri itu sendiri. Ia dapat dibahagikan kepada empat hukum:
1. Wajib bercerai apabila didapati perselisihan antara pasangan suami isateri itu tidak dapat diperbaiki lagi walaupun pelbagai usaha dilakukan temasuk campur tangan orang tengah, namun tidak dapat menyelesaikan masalah. Hanya perceraian sahaja satu-satunya jalan keluar.
2. Sunat bercerai apabila suami sudah tidak sanggup memberi nafkah ataupun sara hidup ke atas isterinya, didapati isterinya melakukan curang ataupun menceraikan istrerinya dalam masa suci tanpa disetubuhinya.
3. Makruh bercerai apabila suami menceraikan isterinya yang baik dan mentaatinya tanpa mempunyai sebab-sebab yang memboldehkan suami berbuat dermikian.
4. Haram bercerai (Bida’ah) apabila suami menceraikan isterinya sedangkan isteri dalam haid ataupun diceraikan dalam masa suci yang sedang disetubuhuinya.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.248)
Masalah 102* –Rukun-rukun atau syarat-syarat bercerai?
Jawapan.
Hanya terdapat tiga perkara sebagai rukun talak.
1. Suami yan menjatuhkan talak.
2. Isteri yang ditajuhkanm talak.
3. Lafaz talak.
Manakala syarat talak dua perkara:
1. Suami yang berakal baligh.
2. Atas kehendak sendiri
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.248)
Masalah 103* –Bagaimanan lafaz talak?
Lafaz talak terbahagi dua jenis:
1. Lafaz soreh atau terang-terang menunjukkan kepada perceraian saperti
2. ”Saya jatuhkan talak ke atas kamu.” ataupun ”Saya ceraikan kamu”
Lafaz kinayah atau lafaz yang mengandungi maksud talak dan maksud
yang lain. Ini perlu berdasar kepada niat suami itu seperti katanya
”Sekiranya begini caranya, kita brpisah” atau ”kamu pulanglah ke
rumah ibu bapa kamu” dan ”sebagainya. Kata-kaga kinayah seperti
ini tidak menyebabkan jatuh talak kecuali apabila suami memang
berniat hrendak menjatuhkan talak.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.249)
Masalah 104* - Apabila suami bergurau nak jatuh talak
Jawapan.
Suami perlu memahami yang perkataan talak tidak boleh dibuat gurauan. Apabila suami dengan sengaja menggunakan perkataan talak pada isterinya, sama ada secara bersungguh-sungguh ataupun acah-acah sahaja, maka jatuhlah talak ke atas isterinya. Dalam konteks ini Nab Muhammad s.a.w. pernah berpesan iaitu:
”Tiga perkara yang disungguh-sungguh akan menjadi sungguh dan
diacah-acah akan menjadi saungguh iaituy nikah, talak dan rujuk.”
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.250)
Masalah `105* Bagaimana denganTalak tiga?
Jawapan.
Terdapat berbagai-bagai bentuk dan cara talak tiga berlaku iaitu:-
1. Suami melafazkan talak tiga ke atas isteri dalam masa dan tempat yang berlainan,maka jatuhlah talak tiga.
2. Suami melafazkan talak ke atas isterinya kemudian selepas habis idahnya mereka dikahwinkan semula, kemudian di talakkan sekali lagi, apabila hjabis idahnya mereka dikahwinkan semula dan kemudian diceraikan lagi buat kali ketiga, maka jatuhlah talak tiga (talak bain).
3. Suami melafazkan talak ke atas isterinya dengan tiga kali berturut-turut dalam masa dan tempat yang sama seperti katanya ”Saya ceraikan kamu dengan tiga talak”, ataupun ”saya ceraikan kamu, saya ceraikan kamu, saya ceraikan kamu” dengan cara mengulanng-ulang cerai tiga kali berturut-turut.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.250)
No comments:
Post a Comment