Thursday, 28 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 251-153 - Siaran pos 123





Masalah 251- Bila perbuatan solat bermula dan berakhir?

Bilakah perbuatan solat itu bermula dan bila ia berakhir?

Jawapan.
Ibadat mendirikan solat lima waktu itu biasanya yang baik didahului dengan berwuduk, kemudian azan dan iqamat, diikuti dengan solat kemudian diiringi dengan istighfar, berzikitr, wirid dan diakhiri dengan berdoa. Sebenanya solagt itu sendiri adalah bermula daripada ucapan Takbifratul Ihram dan berakhir dengan memberi salam.
Adalah lebih baik selepas solat itu berzikir kerana mengiungati Allah kerana kita disuruh berbuat demikian. Fitman Allah s.w.t.
فـَاذ كـُرُوْنـِيْ أ َذ ْكـُرْكـُمْ.
Maka berzikirlah (ingatlah) Kepada Aku, nescayaAku akan mengingati’kamu.
(al-Baqarah: 152)

ا ُذ ْكُـُرُوْا اللهَ ذِكـْرًا كـَثـِيـْرًا.

Berzikirlah (ingatlah) kepada Allah dengan
Zikir yang banyak. (al-Ahzab: 47)
فـَإذَا قـَضـَيـْتـُم ُالصَّلا َة َ فـَاذ ْكـُرُوْا اللهَ قـِيـَامـًا
وَقـُعـُوْد ًا وَعـَلىَ جـُنـُوبـِكـُم ْ : (النساء 103)
 Bermaksud: Dan apabila kamu telah selesai menunaikan solat, maka berzikirlah kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk, dan sedang berbaring.(An-Nisa’ ayat 103)

Masalah 252-... Bagaimana Sembahyang Hadiah pada mayat

Saya selalu diminta untuk mengsembahyangkan hadiah untuk hadiah kepada simati yang baru sahaja dikebumikan. Bagaimanakah caranya yang saya akan lakukan sembahyang hadiah itu?

Jawapan.
Sembahyang hadiah itu dilakukan sebanyak dua rakaat sahaja setlah jenazah dikebumikan pada siangnya, maka pada malamnya sesudah solat Maghgrib atau Isyak dilakukalah sembahyang sunat hadiah itu bagi si mai. Caranya ialah:
Lafaz niatnya:-
اُصلى سنة هد يـة ركـعتين لله تعالى.
Sahaja aku sembahyang sunat hadiah dua rakaat kerana Allahj Taala.

Selepas  itu lakukanlah seperti sembahyang yang biasa.
Dan bacaannya pada rakaat pertama dan rakaat kedua adalah seperti berikut:

                                                                                      Rakaat Pertama
الفاتحة.
آيـة الكرسى  ( 1 كالي)
اَلـْهَكُمُ التـَّـكَـاثـُرُ....... (1 كالي)
قـُلْ هُوَ الله ُ ا َحَدْ   (10 كالي)

Rakaat Kedua

الفاتحة.
آيـة الكرسى  ( 1 كالي)
اَلـْهَكُمُ التـَّـكَـاثـُرُ....... (1 كالي)
قـُلْ هُوَ الله ُ ا َحَدْ   (10 كالي)

Doa selepas solat
بِسْمِ اللهِ الـرَّحْمَنِ الـرَّحِيْمِ.
اَللـَّهُمَّ اِنـِّيْ صَلـَيْتُ هَذِهِ الصَّللا َةَ وَأ َنْتَ تـَعْلـَمُ مَا أ ُرِيـْد اَللـَّهُمَّ ابْعَثْ ثـَوَابَهَا إِل َى قـَبْرِ.............بن............ بِفـَضْلـِكَ وَكَرَمِكَ يـَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ.
Jika boleh ditambah lagi dengan doa bderikut:

Mendoakan mayat:- Mayat lelaki:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاكْرِمْ نُزُلَهُ

وَوَسَّعْ مَدْ خَلَهُ بِالـْمَاءِ وَاسَّلـْجِ وَالـْبَرَدِ وَنـَقِهِ مِنَ الـْخَطَايَا

يُنَقَّ الـْثـَوْبَ الْأ َبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ. وَاَبْدِ لـْهُ دَارًا خَيْرًا مِنَ

دَارِهِ وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ, وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ    

وَاَدْخِلـْهُ الـْجَنَّة َ وَأعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الـْقـَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِن

      عَذَابِ النـَّارِ.  

Mendoakan mayat:- Mayat wanita dewasa :-

اَللَّهُ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا وَاكْرِمْ نُزُلـَهَ وَوَسَّعْ مَدْ خلَهَا بِالـْمَاءِ وَاسَّلـْج وَالـْبَرَدِوَنـَقِهَا مِنَ الـْخَطَايَا يُنَقَّ الـْثـَوْبَ الْأ َبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ. وَاَبْدِ لـْهَا دَارًا
        خَيْرًا مِنَ دَارِهـَا وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهَا,  
        وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا  وَاَدْخِلـْهَا الـْجَنَّة َ 
         وَأعِذْهَـاَمِنْ عَذَابِ الـْقـَبْرِ وَفِتْـنَـتِهِ وَمِنْ 
         عَذَابِ النـَّارِ.
              ----------ooooo----------                     
Masalah 253-.. Bagimana kita hendak saolat Tahajjud?

Saya ingin tahu bagaimana hendak solat Tahajjud dan doanya;

Jawapan.
Solat Tahajjud adalah Bagi mendekatkan diri dengan taqwa kepada Allah s.w.t.   Umat Islam digalakkan bangun tengah malam (lepas tengah malam hingga sebelum fajar –di antara jam 2.30 hingga 4.30 pagi)  untuk mendirikan solat Tahajjud.
Firmanm Allah s.w.t.
وَمِنَ اللـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلَة ً لـَكَ عـَسَ أ َنْ يَبْعَثـَكَ
رَبـُّكَ مَقـَامًا مَحْمُوْدًا.
(الاسرأ اية 79)
Maksudnya:
Dan pada malam hari hendaklah engkau berthajjud, berjaga untuk sembahyang malam sebagai tambahan untuk engkau, mudah-
mudahan Allah mengangkat engkau ke tempat yang terpuji (syurga).         (Al-Isra’ ayat 79)

Faedah Solat Tahajjud
Sabda Rasulullah s.a.w:-
”Barangsiapa sembahyang diwaktu tengah malam (Tahajjud) serta memelihara sembahyang itu, Allah akan memberikan dia sembilan macam kemuliaan, lima macam di dunia dan empat macam di akhirat”
Lima macam faedah di dunia:
1.     Allah akan pelihara daripada segala penyakit.
2.     Dinampakkan  tanda-tanda sebagai orang taat kepada Allah.
3.     Disayangi dihati orang-orang mukmin dan sekalian manusia.
4.     Lidahnya dan perbualannya berisi hikmat.
5.     Dijadikian orang yang bijaksana.

Empat macam faedah di akhirat kelak :
1.     Dibangkitkan daripada kubur dengan wajahnya yang putih bercahaya.
2.    Diringankan hisabnya dan diampun dosanya.
3.    Dipermudahkan meniti sirat (seperti kilat)
4.    Diberi buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak.
Kifiat SeambahyangTahajjud)

اُصَلىِّ سُنَّةَ الـْتَهْجُدْ رَكَعـَتَيْنِ للهِ تـَعَالىَ.                  
 Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua                                                
        Rakaat kerana Allah Taala

         Sebaik-baiknya dikerjakan 8 rakaat  dengan tiap-tiap dua rakaat satu salam.
         Sekurang-kurangnya dikerjakan solat tahajjud itu dua rakaat. 
   
         Rakaat pertama selepas Fatihah dibaca surah Al-Kafirun dan rakaat kedua dibaca surah Al-ikhlas.

         Dikerjakan setelah solat Isya’ dan setelah lelap tidur sejenak.
Setelah selesai solat dua rakaat maka Kita akan berdoa dengan Doa
Solat Tahajjud.
DOA SOLAT TAHAJJUD .
دُعـَاء ْسـُنـَّة َالتـَّهـَجـُّدِ.
بِسْمِ اللهِ الـرَّحْمَنِ الـرَّحِيْمِ.
اَللَّهُمَّ لَـكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُالسَّمَوَاتِ وَالْأ َرْضِ وَمَنْ فِيْهِمْ, وِلَـكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِـكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَ َرْض وَمَنْ فِيْهِنْ, وَلَـكَ الْحَمْد أ َنْتَ قَيُّوْمُ السَّمَوَات وَالْأ َرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ, وَلَكَ الـْحَمْدُ أ َنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الـْحَقُّ,وَلِقَاءُوْكَ الـْحَقُّ, وَالـْجَنَّةُ حَقُّ وَالنَّارُحَقُّ, وَالسَّا عَةُحَقُّ, وَالنـَّبِيُّوْنَ حَقُّ, وَمُحَمَّدٌ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلـَّمَ حـَقّ اَللَّهُمَّ لَكَ أ َسْلَمْتُ, وَبِك آمَنْتُ, وَعَلَيْكَ تـَوَكَّلْت وَإ ِليْكَ أ أ َنَبْتُ, وَبِكَ خَاصَمْتُ, وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ, فَاغْفِرْلِيْ مَا قَدَّ مْتُ وَمَا أ َخَّرْتُ, وَمَا أ َسْرَرْتُ, وَمَا أ َعْلـَنْتُ, أ َنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأ َنْتَ الـْمُؤَ خِّرُ, لآ إِلـَهَ إلا َّ أ َنتَ وَلآ إِلَـهَ غَيْرُكَ, وَلآ حَوْلَ ولآ قُـوَّةَ إ ِلا َّ بِاللهِ.لآ أله إلا َّ أ َنْتَ سُبْحَا نَكَ اللـَّهُمَّ وَبِحَمْدُكَ أ َ سْتـَغْفِرْكَ لِذَ َنبي وَ أ َسْاءَلـُـكَ رَحْمَتكَ. اَللـَّهُمَّ زِدْن ِ علمـًا وَلآ تـُزِغْ قَلْبِيْ بَعْدَ إِذْ هَد َيْتَنِيْ وَهَبْلِيْ مِنْ لـَّدُنْكَ رَحْمَةً إ ِنـَّكَ الْوَهَّابُ.
Maksudnya:
“Ya Allah bagi Mu jua segala pujian, Dikaulah cahaya langit dan bumi dan segala isinya.  Dan bagi Mu jua segala
pujian, Engkaulah raja yang menguasai langit dan bumi dan

segala isinya.Dan bagi Mu jua segala pujian, Engkau pencipta langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagiMu jua segala pujian,Engkau Tuhan yang hak (benar), dan janjiMu itu adalah benar, dan berjumpa denganMu kelak adalah benar, kata-kataMu itu benar, syurgaMu itu benar, nerakaMu itu benar, hari qiamat itu adalah benar, Nabi-nabiMu adalah benar dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar.

Ya Allah kepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku beriman dan ke atasMu aku bertakwakal (brerserah) dan ke tempatMu aku akan kembali, Engkaulah yang aku rindu dan kepadaMu aku berhukum, maka ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, dosa yang aku sembunyikan dan yang aku dedahkan dan Dikaulah yang terdahulu dan yang terkemudian, tiada Tuhan
melainkan Engkau dan tidak ada daya dan kekuatan melankan daripada Allah.






--------------------------ooooooooooooooooooooo---------------

No comments:

Post a Comment