Sunday, 24 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 206-208 Siaran 110




Masalah 206- Solat 2 rakaat sebelum Magghrib

Pada masa ini terdapat banyak orang-orang Islam tidak gemar melakukan sembahyang dua rakaat sebelum sembahyang Maghrib kata mereka Rasulullah tidak pernah melakukannya. Apakah betul pendapat itu?

Jawapan.

Sebenarnya Rasulullah s.a.w. memang ada melakukannya sembahyang dua rakaat sebelum sembahyabg Maghrib. Terdapat hadis yang di riwayatkan oleh Innu Hibban r.a.:-

وَفِىْ رِوَايَةِ ابْنِ حِبَّانِ : اَنَّ النـَّبِىَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صَلىَّ قـَبْلَ الـْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ.

Ertinya: Dan dalam satu riwayat bai Ibnu Hibban: Bahwa Nabi s.a.w ada lakukan sembahyang sebelum Maghrib sebanhyak dua rakaat.
(Syed Sabiq dalam Fiqhusunnah ,  juz 2 m.s.23)
Ditiwayatkan dari Abdullah Al Muzani dari Nabi s.a.w. yang baginda telah bersabda:-

صَلُّوْا قَبْلَ صَلَاةِ الـْمَغْرِبِ قَالَ فِى الثَّا لِـءَـةِ لِمَنْ شَاءَكَرَاهِيَّة َ
اَنْ يَتَّخِذَهَا النَّاسُ سُنَّةً.
Ertinya:  Sembahyanglah kamu sebelum sembahyang Maghrib, dan dikatakannya pada ketiga kalinya: Bagi siapa yang mahu kerana khawatir sembahyang itu dijadikan orang sebagai sunnah muakkadah.”

Diriwayatkan dari Anas r.a. berkata ia:-

لَقَدْ رَأ َيْتُ كَبَارَاَصْحَابِ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ للهُ عَلَيْهِ وَسَلـَّمَ
 يـَبـْتـَدِ رُوْنَ السَّوَارِىَ عِنْدَ الـْمَغْرِبِ. (رواه البخارى)

Ertinya: Demi sesungguhnya akua pernah melihat orang-orang besar dari sahabat Rasulullahs.a.w. berlumba-lumba mendekati tiang-tiang seketika Maghrib (Maksudnya untuk bersembahyang dua rakaat.) (H.R. Al-Bukhari).
  (Rujukan  Kitab Masalah Agama Islam, Jil.4, m.s. 150)

 -------------------------oooooooooooooo----------------------

207
Masalah 207 -Apakah yang dikatakan Rasulullah s.a.w. 7 perkaran yang merosakkan kita?


Jaswapan.

Jauhkan Kemungkaran dengan 7 Perkara itu ialah:-. 


Sabda Rasulullah s.a.w.”
قال عليه الصلاة والسلام.

إ ِجْتَنِبُو السَّبْعَ الـْمَوْبِقَاتِ. قَالـُوْا وَمَا هُنَّ يَا رَسُوْلُ اللهِ .؟ قَالَ  :
الشِّرْكُ بِاللهِ, وَالسَّحْرُ, وَقـَتْلُ النَّفْسِ الـَّتِىْ حَرَّمَ اللهُ بِالـْحَقِّ, وَا َكْلُ الرِّبَا, وَأ َكْلُ مَالِ الـْيَتِيْمِ. وَالتـَّوَلـِّى يَوْمَ الزَّحْفِ. وَقـَذْ فُ الـْمُحْصَنَاتِ الـْغَافِلَاتِ. (رواح مسلم).
Maksudnya:  
”Jauhkan oleh kamu akan tujuh perkara yang membinasakan. Kata sahabat.: Apa dia perkara itu ya Rasulullah ?  Sabdanya “Menyengutukan Allah, dan berbuat sehear, dan membunuh orang yang diharamkan Allah membunuhnya melainkan dengan sebenarnya, dan makan wang bunga, dan makan harta anak yatim, dan berpaling lari pada hari perang sivil, dan menuduh zina akan perempuan-perempuan yang lalai.”

Ulasan.
Bahawa tujuh perkara yang disebut di dalam hadis ini setengah daripada perkara yang membawakan kepada  dosa besar, dan yang terlebih besarnya ialah syirik atau menyengutukan Tuhan. Maka Nabi s.a.w. mengingatkan supaya menjauhkan diri daripadanya, moga-moga terpelihara daraipada kebinasaannya.

Pada hari ini ada sesetengah manusia yang masih belum sedar lagi tentang dosa makan harta anak yatim iaitu apabila mereka membuat kempen mengutip derma untuk kepereluan anak-anak yatim, dengan sengaja mereka  menyeleweng wang derma tersebut untuk kepengtingan diri mereka sendiri, hanya tidak sampai setengah dari derma-derma tersebut sampai kepada  badan kebajikan anak-anak yatim  sebagaimana pihak penderma yang bertujuan memberi derma tersebut. Ingtalah dosa tersebut akan dibalasi oleh Allah s.w.t. bukan sahaja diakhirat nanti tetapi juga di dunia ini akan berlaku.  Oleh itu ingatlah dan bertaubatlah sebelum terlambat...!
            --------------------oooooooooooooooo-------------

Masalah 208- Fardu ’Ain dan Fardu Kifayah?

Apakah perbezaannya di antara Fardu ’Ain dan  Fardhu Kifayah.?...  298

Jawapan.

Fardhu ’Ain adalah kewajipan yang tertuju kepada setiap peribadi mukallaf, dan mesti dilaksanakan oleh setiap peribadi tersebut. Misalnya Perintah Allah melakukan sesuatu seperti solat, puasa dan sebagainya, mistilah dilakukannya oleh individu tersebut.

Fardhu Kifayah, adalah kewajipan yang tetentu kepada semua mukallaf, dan gugurlah tuntutan itu sebab, jika sudah dilaksanakannya hal tersebut oleh sebahagian atau seorang dari mereka.  Kerana yang dimaksud pada Fardhu Kifayah, adalah terlaksananya sesuatu yang diperintah itu, dan tidak memandang orang yang mana melakukannya.  

209  ms 272
Soalan 209.-Apakah hukumnya seseorang itu menerima wang suap atau rasuah.?

Jawapan.

Suap atau sogok ataupun dikatakan rasuah adalah haram. Baik yang memberi mahupun yang menerima. Jika sabit keharamannya merima dan memberi suap atau rasuah, maka haramlah memakannya, bersedekah dan menyimpannya.  Menyimpan dapat menarik kepada memakannya.

Menyedekahkan barang yang haram adalah haram dan tidak diterima dalam hukum syarie.  Dan memakanya adalah termasuk makan harta orang lain secara batil. Dan termasuk dalam apa yang dimaksudkan dalam firman Allah s.w.t. pada Suratul al-Baqarah ayat 188, sebagai berikut:-

وَلآ تـَأ ْ كـُلُوْا أ َمْوَا لـَكـُمْ بَيْنَكـُمْ بِالـْبَاطِلِ وَتـُـدْ لـُوْا بِهَا إ ِلىَ الـْحُكـَّامِ لـِتأ ْكـُلـُوْا فَرِيقـًا مِنْ أ َمْوَالِ النَّاسِ بـِا لْإِ ثْم ِوَأ َنْتـُمْ تـَعْلـَمُونُ. 
Artinya:  Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil, dan janganlah kamu membawa harta itu kepada hakim-hakim, agar kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang  lain, dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui.
                                                                                 (Al-Baqarah, ayat 188).    

Ditriwayatkan pula dari Abdullah bin Umar  r.a. dari  Nabi s.a.w. bersabda beliau :-

ا َلرَّاشِى وَالـْمُرْ تـَشِىْ فـِى النـَّارِ (رواه الطبرانى)
Artinya:  Orang yang menyogok dan yang menerima sogokan itu di dalam neraka.  (H.R. al-Tabrani).




                       ----------------------oooooooooooooo------------------------

No comments:

Post a Comment