Tuesday 19 April 2011

Masalah 106-* Apakah  ertinya cerai taklik?

Jawapan.
Taklik ertinya digantungkan talak ataupun disayaratkan dengan sesuatu. Contohnya seperti suami berkata kepada isterinya. ”Sekiranya kamu keluar dari rumah pagi ini ataupun kamu pulang ke rumah ibu kamu tanpa izin saya, maka gugrlah satu talak.”  Maka Jatuhlah satu talak sekiranya isteri dia melakukan perkara yang di taklikkan itu.
      (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.251)

Masalah 107*- Apa ertinya Tebus talak.

Jawapan
Tebus talak atau dikenal dengan panggilan khuluk bererti buang, cabut ataupuan tanggal, manakala pengertian daripada istilah munakahat ialah satu bentuk prerceraian yang diminta oleh isteri kepada suaminya dengan bayaran. Perkara ini dbolehkan dalam Isalam berdadsarkan ayat al-Quran dalam surah al-Baqa
وَلَا يَحِلُّ  لـَكُمْ أَنْ تَأ ْ خُذُواْ مِمَّاءَاتَيْتُمُو هُنَّ شّيْـءًـا إِلَّآ أَنْ يَخَا فَآ أِلاّ َ يُقِيمَا حُدُودَ اللهِ, فَإِنْ خِفْتُمْ أَلا َّ يُقِيْمَا حُدُودَا للهِ فَلاَ جُنَاحَ عَلـَيْهِمَا فِيمَا افْتَد َتْ بــِهِ.    (البقرة 229)
Dan tidak halal bagi kamu mengambil suatu pemberian yang kamu berikan kepada mereka, melainkan apabila takut mereka tidak dapat memelihara perintah ataupun hukum-hukum Allah, serkiranya mereka takut tidak dapat memelihara batas-batas Allah, tidak menjadi kesalahan keatas keduanya berkenaan sesuatu yang diberi  oleh isteri bagi menebus dirinya.”
                                                                              (Al-Baqarah ayat 229)
Masalah “tebus talak” ini pernah berlaku pertama kali dalam Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di mana Sabit bin Qis diminta tebus talak oleh isterinya dengan mengembalikan semula mas kahwin kepadanya.Lalu Nabi Muhammad berkata:

          “Berikan kebun yang dijadikan mas kahwin itu dan ceraikanlah
                             beliau dengan satu talak”
        (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.251)

Masalah108*– Apakah rukun-rukun tebus talak?

Jawapan.
Adapun ruku-rukun mengenai tebus talak itu ialah:
1.     Istreri
2.     Suami
3.     Lafaz
4.     Bayaran
Manakala perkara-prrkara yang ada hubungan dengan tebus talak itu adalah:

1.     Suami perlu melafazkan tebus talak dengan berkata ”Saya ceraikan kamu dengan bayaran RM 3,000.00” lalu dijawab oleh isteri ”Saya terima dengan bayaran serperti yang disebutkan.”

2.     Si isteri juga mempunyi hak untuk menggunakan ”tebus talak” terhadap si suaminya sekiranya terdapat sesuatu yang ianya tidak boleh lagi menanggung beban perkara yang susah baginya.  Dengan itu cara lafaznya ialah ”Ceraikan saya dengan bayaran RM 1,000.00” Maka disambut oleh si suami dengan melafazkan ”Saya ceraikan kamu dengan bayaran sebanyak itu.”

3.     Tebus talak boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

4.     Tebus talak tidak boleh dilakukan dengan paksa, ia perlu dilakukan dengan kerelaan dan persetujuan kedua-dua belah pihak suami isteri.

5.     Bayaran tebus talak tidak dihadkan, terpulang kepada budi bicara dan persetujuan antara kedua belah pihak.

6.     Isteri yang ditebus talak tidak boleh dirujuk semula oleh bekas suaminya kecuali dengan akad nikah sermula selepas memenuhi syarat-syaratnya.
Masalah 109*–Bagaimana dengan kedudukan Khuluk itu:
Jawapan.
Menurut jumhur ulamak, Khulu’u adalah termasuk ke dalam kumpulan Talak Ba’in. Tetapi sebahaghian mereka pula telah meanggapnya sebagai Fasakh.
Kedua-dua pendapat diatas mempunyai kesan yang tersendiri, jika ia dianggap sebagai talag bai’in maka si suami akan kehilangan salah satu talagnya dan dia tidak harus merujuk kepada isterinya melainkan dengan akad perkahwinan yang baru.  Jika ia dianggap sebagai Fasakh maka si suami tidak akan kehilangan satu apapun dari jumlah tiga talag yang dimilikinya, walaupun begitu untuk merujuknya, dia memerlukan kepada akad perkahwinan yang baru.
(Rujukan- Kitab Undang-Undang Keluarga Islam-Aturan Perkahwinan oleh Dr.Mat Saad Abd.Rahman, m.s. 183)
Masalah 110* - Bolehkah seseorang itu Khuluk dirumanya?
Jawapan.
Khuluk harus dilakukan dengan persetujuan kedua-dua suami isteri di rumah kediaman mereka tanpa memerlukan kepada bantuan kehakiman.  Tetapi di dalam keadaan suami enggan bersetuju untuk menyelesaiakn krisis mereka menerusi khuluk maka si isteri harus memohon bantuan kehakiman yang bertanggungjawab memberikan haknya terhadap khuluk. Disamping itu si suami tidak diharuaskan mengambil peluang menerusi khulu untuk menyeksa isterinya agar menebus dirinya menerusi kemudahan tersebut kerana tebusan di dalam keadan begini dihukunm tidak sah sekalipun telah dipersetujui dan diputuskan.
Rujukan- Kitab Undang-Undang Keluarga Islam-Aturan Perkahwinan oleh Dr.Mat Saad Abd.Rahman, m.s. 183

Masalah 111- Membaca niat sebelum solat, adakah sah?

Saya membaca niat sembahyang sebelum sembahyang bermula dan niat sembahyang semasa mula sembahyang, adakah sah perbuatan saya itu?

Jawapan.

Membaca niat dengan berniat tidak sama.  Membaca niat dilakukan di luar sembahyang, hukumnya sunat  sahaja.  Bacaan ini sekadar untuk mudah di ingat apa yang hendak diniatkan nanti.  Bacaan niat ini tidak semestinya dibaca dalam bahasa Arab, boleh dibaca dalam bahasa ibunda.

Manakala berniat, dilakukan semasa memulakan sembahyang iaitu sewaktu mengangkat takbiratul ihram.  Ianya wajib dilakukan.    Di sini kalau seseorang  itu berniat sebelum sembahyang maka sembahyang itu tidak sah.  Yang penting dalam niat itu ialah; menyatakan tujuan  iaitu sembahyang, sebutkan fardu dan nyata sembahyang yang dilakukan itu. Kalau ketiga-tiga ini ada maka sahlah sembahyang itu. Seperti niat
 ”Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala’ sudah menepatina.
Perkataan ’sahaja’ yang selalu disebut dalama kitab Melayu sebagai menguatkan niatnya, bermaksud haya untuk melakukan sembahyang bukan lain dari itu. ’Sahaja’ juga kita sebutkan kerana kita kerjakan itu bukan dipaksa tetapi dengan sukarela mengerjakannya.
(Rujukan – Kitab Asas-Asas Fradu ’Ain cetakan Keempat 2006)

 ---------------------------oooooooooooooo--------------------------

No comments:

Post a Comment