Saturday, 23 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 200-205 -- Siaran 109

Email: hjdanwmyjaring.net
URL – www.hjchedan.blogspot.com
Masalah 200.-Saya ingin tahu apakah fadhilat membaca Surat Yasin itu.

Jawapan.

Adapun fadihilat itu amat besar faedahnya kerana surat Yasin itu mempunjyai keutamaan melebihi surat lainnya, lagi pula di hatinya Al-Quran.  Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a. dari Nabi s.a.w.:

اَنَّ  لِكلِّ شَىْءٍ قـَلْبًا وَقـَلْبُ اَلْقُرْأَنِ يَــسِ وَمَنْ قـَرَ أَيَـسِ كَتَبَ اللهُ لَهَ بِقَراءَ تِهَا قِرَاءَةَ الْقُرأَنِ عَشَرَ مَّرَاتٍ.   (رواه اترميزى)

Ertinya:  Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu ada hatinya.  Dan hatinya Al-Quran itu adalah Yasin. Dan barang siapa yang membaca Yasin niscaya dituliskan Allah baginya dengan pembacaannya itu, membaca Al-Quran sepuluh kali.       (H.R. At-Termidzi):

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w bahawasanya beliau bersabda:

مَنْ  قَرَأَ يَـسِ فَى لـَيْلَةٍ اِبْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ غُفِرَ لَهُ مِنْ ذَنْبِهِ فَاقـْرَءُوْهَا عِنْدَ مَوْتـَا كـُمْ. (رواه أطابارانى)

Ertinya:  Barangsiapa yang membaca Yasin pada suatu malam, kerana menghendaki keredaan Allah,  niscaya diampunkan baginya dari dosanya. Maka bacalah dia pada orang-orang mati kamu       (H.R. Kitab Masalah Agama Islam Jil. 4 m.s.61)

                    --------------ooooooooooo--------------.

Masalah 201   - Belumberkhatan sudah 20 tahun.
Ada seorang sahabat saya (wanita) yang sudah berumur lebih 20 tahun memberi tanhu saya yang dia tidak tahu yang dia belum lagi berkhatan.  Apakah hukumn nya?

Jawapan.

Bahawasanya  hukum berkhatan bagi lelaki dan perempun sesudah akil baligh adalah wajib. Maka seseorang wanita yang belum lagi berkhatan wajiblah dia berkhatan. Sekiranya selama ini dia tidak tahu tidaklah berdosa, tetapi sekarang sesudah dia tahu wajiblah disegerakannya,  jika tidak ia akan berdosa kerana hukum khatan bagi wanita adalah wajib. Tersebut dalam ”Kitab Isa’adurrofiq, Jil.2 m.s  3 seperti berikut:

Bermaksud: ”Dan setengah daripada maksiat faraj, adalah meninggalkan berkhatan sesudah dewasa, kerana khatan itu hukumnya wajib ketika dewasa itu, atas mukallaf sama ada ia leki-laki atau perempuan. Dan adalah khatan itu dengan memotong kulup laki-laki dan asal ada nama potong bagi permpuan.”

202
Masalah  202-Wanita Isalam pakai terdedah badan
Saya dapati ada bebarapa wanita Islam rakan wanita saya yang masih lagi memakai pakaian mendedahkan rambutnya, memakai baju yang ketat bagi menonjol buah dadanya, ada yang menutup kepala tetapi memakai baju tangan pendek menampakkan lengannya. Apakah hukumnya?

Jawapan.

Aurat perempuan di dalam atau di luar sembahyang yang boleh terlihat oleh lelaki ajnabi, hendaklah di  tutup  seluruh badannya, kecuali muka dan dua tapak tangannya. Jadi rambut, buah dada, lengan, kaki betis, semuanya itu adalah aurat, yang wajib ditutup, dan haram dilihat atau diperlihatkan kepada lelaki ajnabi. Jadi mereka yang anda sebut demikian  itu adalah satu perlanggaran dan suatu perkara membuat dosa yang terancam dengan siksaan yang pedih di hari kemudian kelak.
(Rujuk Kitab Masalah  Agama, Jil 4, m.s. 104)

203
Masalah  203-Tersentuh rambut wanita
Semasa menaiki bas yang saya kena berdiri untuk pergi semabahyag Jumaat dan mempunyai wuduk dan dalam perjalanan itu saya tersentuh dengan rambut wanita yang sama-sama berdiri dengan saya. Apakah batal atau tidak wuduk saya itu ?

Jawapan.

Ketahuilah persentuhan yang membatalkan wuduk itu adalah disyaratkan berlainan kelamin yang bukan mahram iaitu kulit dengan kulit. Jadi persentuhan kulit laki-laki dengan gigi, kuku, atau rambut perempuan yang bukan mahram juga tidaklah membatalkan wuduk anda.  Kerana gigi, kuku, dan rambut, bukanlah kulit dan tidak membawa kelazatan dengan menyentuhnya.
Terdapat satu siaran dalam Kitab Ghayatul Bayan ’ala Zubadibni Ruslan” halaman 46 yang ertinya seperti berikut:-

Dan setengah dari pada yang membatalkan wuduk, adalah persentuhan perempuan akan laki-laki; artinya meyentuh laki-laki akan perempuan yang helat lagi dewasa dengan kulit masing-masing.  Dan iaitulah selain  gigi, rambut, dan kuku atau sesuatu yang semakna dengan keduanya,”

204
Masalah 204-Anak si A dengan si B, bukan mahram.

Saya ingin tahu si ”A” saudara yang tua dan si ”B” saudara yang muda.  Si ”A” mempunyai anak perempuan dan si ”B” mempunyai anak laki-laki. Batalkan wuduknya jika kudua anak-anak  mereka bersentuhan kulit dengan kulit.




Jawapan.

Adapun anak si ”A” dan anak si ”B” itu disebut saudara sepupu, dan mereka bukan mahram. Oleh itu jika mereka bersentuhan kulit dengan kulit antara mereka adalah menjadi batallah wuduk keduanya itu.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Islam,  Jil. 4 m.s 114)

205
Masalah 205 –Tidak membaca doa waktu basuh muka?

Apabila kita mengambil air sembahyang dan telah dilaksanakan dengan segala fardhunya dari sewal sampai akhir.  Pada waktu membasuh muka tidak membaca doa, begitu juga di waktu membasuh tangan dan selanjutnya tidak membaca doa, apakah sah air sembahyang itu atau tidak?

Jawapan.

Syarat berwuduk adalah seperti berikut:-
a.     Niat
b.     Membasuh muka.
c.      Membasuh dua tangan berserta sikunya.
d.     Menyapu sebahagian kepala.
e.      Membasuh dua kaki serta hingga  dua mata kakinya.
f.       Tertib.
Itulah syarta-syaratnya dan jika tertinggal salah satu dari padanya, maka tidaklah sah air sembahyag atau wuduk tersebut. Dala mhal berwuduk ini tersebut firman Allah s.w.t.:



يَآاَيُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا إِذَا قُمْتُمْ اِلىَ الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكُمْ
وَاَيْدِيَكُمْ إِلىَ الـْمَرَافِقِ وَامْسَحُوْا بِرُؤُسِكُمْ وَاَرْجُلكُمْ
إِلىَ الـْكَعْبَيْنِ. (المأيده: اية 6)

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman. Apabila kamu hendak mengerjaklan solat, maka basuhlah muka mu dan tangan mu sampai ke siku, dan sapulah kepala mu, dan basuhlah  kaki mu sampai dengan kedua mata kaki. (Al- Maidah ayat 6)
(Rujukan Kitab Masalah Agama Islam, Jil.4, m.s. 116)

                        Bekerja secara sukarela mendapat banyak pahala.Amalkan anfda...!
                        Menghadiri ceranag agama mendapat 1,000 pahala darisolat sunat...!
                   Solat Isyak dan solat subuh banyak pahalanya. Lebih-lebih lagi berjemaah 
                                  di masjid.Pergilah hafdir di mashjid....!
                -----------------------oooooooooooo--------------------------

No comments:

Post a Comment