Sunday 24 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 210 - 217 -Siaran pos 111

email  - hjdan@myjaring.net
URL   - http://www.hjchedan.blogspot/. com

Soalan   210- Ibu bapa membeli pakaian wanita yang terdedah aurat.
Bagaimana hukumnya ibu bapa yang membelikan pakaian untuk anak-anak perempuan mereka dengan pakaian  di zaman sekarang ini, yang boleh dikatakan setengah telanjang dalam pakaian. Yang mana lebih berat dosanya otrang memakai dan orang  yang membelikannya.?

Jawapan.

Memakai pakaian yang kelihatan menampakan aurat,adalah haram. Baik sipemakai yang sudah dewasa, ataupun ibu bapa yang membelikannya. Sama sahaja orang itu, ayah dan emaknya atau orang lain.  Ibu bapa yang sudah reda atas kerjadian itu juga turut berdosa, kerana mereka bersyubhat melihat kemungkaran berlaku di hadapan mata mereka.
                                                                                                   
Tugas menjalankan amar makruf dan nahi munkar ; iaitu menyruh membuat kebaikan dan melarang dari membuat kejahatan menjadi wajib, ditilik dari beberapa ayat al-Quran seperti berikut:

وَلـْتَكُنْ مِنْكُمْ أ ُمَّة ٌ يَدْعُوْنَ إ ِلىَ الـْخَيْرِ وَيَأ ْمُرُوْنَ بِالـْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الـْمُنْكَرِ وَأ ُوْلـَـءِـكَ هُمُ الـْمُفـْلِهُوْنَ.                                               
                                                                            (ال عمران 104)

Maksudnya: Wajiblah ada di antara kamu suatu umat atau golongan yang menyuruh manusia kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat.  Mereka itulah orang-orang yang berjaya (bahagia).                       (Al-Imran  ayat 104)

Ayat tersebut jelas sekali menunjukkan kewajipan hukum amar makruf dan nahi munkar.  Sebab perkataan   وَلـْتَكُنْ   yang bermaksud ”wajiblah ada ” merupakan suatu perintah, dan zahir sekali perintah itu menunjukkan kewajipan perkara yang di suruh. Kemudian dalam ayat itu diterangkan pula perkataan berjaya atau bahagia, yang mana pencapaian tingkat itu bergantung dengan melakukan perintah yang wajib tadi.  Perhatikanlah firmanNya   وَأ ُوْلـَـءِـكَ هُمُ الـْمُفـْلِهُوْنَ  yang maksudnya: ”mereka itulah orang-orang yang berjaya (bahagia).  Tenyata padanya bahawa tugas itu merupakan wajib fardu kifayah, bukannya fatdu ’ain, yang mana bila sesuatu umat atau golongan menjalankan perintah atau  tugas itu, maka gugurlah kefarduannya ke atas semua.
---------------------------------oooooooooooooooo------------------
Masalah 211 – Orang  Islam Meninggalkan Puasa   ms.274

Bolehkah orang Islam Meninggalkan Puasa Ramadhan tanpa uzur.

Jawapan.
Tidak Boleh. Orang-orang Islam yang meninggalkan Puasa Ramadhan dengan tidak bersebab yang di benarkan oleh syarak adalah berdosa besar. Mereka akan menerima balasan yang sepatutnya bukan sahaja di akhirat nanti tetapi juga di dunia ini sudah pun  diperolehinhya  kerana mereka mengabaikan salah satu kehendak dalam Rukun Islam yang lima itu.
(Rujuk kitab 60 Amanaln Bulan Ramadhan, m.s. 39)

212..Wanita Haid Tidak sah Puasa,Tetapi wajib Menggantinya.  Ms 275
Wanita yang mengalami haid dan nifas pada bulan Ramadhan tidak boleh berpuasa. Akan tetapi ia diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengganti (qada’) puasa yang ditinggalkannya pada hari-hari yang lain dalam tahun itu juga.
Ada pun solat wajib yang ditinggalkan selama masa haid tidak diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menggantinya pada hari-hari yang lain.
                                               (Rujuk Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan, m.s. 41)

213...Wanita hamil dan Menyusu anak boleh tidak berpuasa. 

Wanita yang hamil dan menyusu anak bila mereka takut dirinya dan bayinya akan mengalami bahaya maka  dibenarkan mereka agar tidak berpuasa Ramadhan dan sebagai gantinya hendaklah qadha’ puasanya itu dan kalau ia terus masih sedemikan ia boleh megeluarkan fidyah, iaitu fidyah itu ialah memberi makan seorang miskin bagi tiap-tiap satu hari puasa yang ditinggalkannya sebanyak ¾  liter beras (lebih kurang secupak).
(Rujuk Kitab Asas-asas Fardhu ’Ain Ustaz Sulaiman Endut m.s. 208)
 
214  msm 275
214... Orang Yang Lanjut Umur Boleh Tidak Berpuasa.

Orang tua yang lanjut umurnya tidak lagi sanggup melakukan puasa Ramadhan boleh tidak berpuasa tetapi wajib keluarkan fidyah.  Iaitu fidyah itu ialah memberi makan seorang miskin bagi tiap-tiap satu hari puasa yang ditinggalkannya sebanya 1/4 liter (secupak) beras; atau sesuai dengan jumlah yang ia makan sehari-harinya.    (Rujuk Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan, m.s.45)

215 ms 275
Maslah 215 - Adakah Wanita Haid Tidak sah Puasa, dan wajib Menggantinya.?

Jawapan.
Wanita yang mengalami haid dan nifas pada bulan Ramadhan tidak boleh berpuasa. Akan tetapi ia diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengganti (qada’) puasa yang ditinggalkannya pada hari-hari yang lain dalam tahun itu juga.
Ada pun solat wajib yang ditinggalkan selama masa haid tidak diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menggantinya pada hari-hari yang lain.
                                                  (Rujuk Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan, m.s. 41)

216..  Wanita hamil dan Menyusu anak boleh tidak berpuasa. Ms 278

Wanita yang hamil dan menyusu anak bila mereka takut dirinya dan bayinya akan mengalami bahaya maka  dibenarkan mereka agar tidak berpuasa Ramadhan dan sebagai gantinya hendaklah qadha’ puasanya itu dan kalau ia terus masih sedemikan ia boleh megeluarkan fidyah, iaitu fidyah itu ialah memberi makan seorang miskin bagi tiap-tiap satu hari puasa yang ditinggalkannya sebanyak ¾  liter beras (lebih kurang secupak).
(Rujuk Kitab Asas-asas Fardhu ’Ain Ustaz Sulaiman Endut m.s. 208)

217...  Orang Yang Lanjut Umur Boleh Tidak Berpuasa.ms 278

Orang tua yang lanjut umurnya tidak lagi sanggup melakukan puasa Ramadhan boleh tidak berpuasa tetapi wajib keluarkan fidyah.  Iaitu fidyah itu ialah memberi makan seorang miskin bagi tiap-tiap satu hari puasa yang ditinggalkannya sebanya 1/4 liter (secupak) beras; atau yang sesuai.

No comments:

Post a Comment