SOALAN 63-Apa hukum solat aidil /adha imam baca tasbih kurang
Apakah hukumnya kalau solat Idilfitri atau Idiladha, takbir rakaat pertama Imam membaca takbir tujuh kali tetapi kalau rakaat kedua Imam terlupa membaca sebanyak lima kali takbir ?
Jawapan
Takbir tujuh kali selain TakbiratulIhram, pada rakaat pertama solat Idilfitri atau solat Idilahda adalah sunat. Bukanlah dari pada rukun dan bukan daripada sunat Ab’ad. Takbir-takbir tersebut hanya sunat Hai’at. Oleh kerana itu meninggalkannya tidaklah mengurangi hakikat sembahyang sehingga dapat
membatalkannya dan tidak disunatkan untuk bersujud sahwi kerana meninggalkannya. Hanya makruh hukumnya jika meninggalkannya dengan sengaja. Solat Idilfitri atau Idiladha dilakukan tanpa takbir tujuh dan lima kali takbir itu sah dilakukan. Rujaukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms. 69.
SOALAN 64-Orang masbuq tidak dapat baca Faihah
Seorang makmum yang mulai takbir dimana keadaan Imamnya tengah ruku’ Dan ia berhasil melakukan ruku’ bersama Imam sekadar membaca ”subhana rabbiyal azim”. Apakah makmum ini mendapat rakaat itu kerana Makmum itu tidak membaca ”Al-fatihah ” ?
Jawapan.
Makmum yang termaksud disebut dalam istilah fikh dengan nama ”Masbuq” iaitu orang yang tak cukup waktu untuk membaca fatihah dalam pendiriannya bersama-sama Imam, dengan bacaan yang sederhana. Maka masbuq ini ditanggung fatihahnya, seluruh atau sebahagiannya oleh Imam yang suci dari pada hadas dan najis, dan pada bukan rakaat yang lebih dilakukan.
Begitu pula makmum yang mendapatkan Imam tengah ruku’, jika ia lakukan takbiratulihram, lalu ia segera ruku’ tanpa membaca fatihah, lalu didapatkannya thuma’ninah (berhenti sekejp) bersama-sama Imam dalam ruku’nya hasillah baginya rakaat itu, dan tak usah ditambahnya lagi nanti sesudah salam Imamnya.
Akan tetapi jika ia tidak mendapatkan thuma’ninah bersama-sama Imam dalam rukku’nya itu, seperti baru sahaja ia turun ruku’ Imamnya bangun dari ruku’nya, maka hampalah ia atau sia-sialah rakaat itu baginya, dan wajiblah ia sesudah salam Imam nanti ia menambah lagi satu rakaatnya yang kurang itu.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms 7
SOALAN 65 - Imam sujud sahwi makmum tak tahu
Andaikata Imam tertinggal sesatu rukun solat yang menyebabkan dia sujud sahwi, tetapi Makmum sudah tertunggu-tunggu hendak memberi salam, maka wajibkah Makmum turut sujud sahwi mengikut Imam walaupun Makmum tidak ketahui apa salahnya?
Jawapan.
Makmum wajib mengikuti apa yang diperbuat oleh Imam. Dalam hal ini wajib Makmum mengikuti Imam melakukan sujud sahwi, walaupun Makmum tidak mengetahui apa yuang menjadi sebab Imam sujud sahwi, kerana mutaba’ah. Dalilnya menurut dalam syarah Ghayatul-Bayan seperti berikut:-
SOALAN 65 - Imam sujud sahwi makmum tak tahu
Andaikata Imam tertinggal sesatu rukun solat yang menyebabkan dia sujud sahwi, tetapi Makmum sudah tertunggu-tunggu hendak memberi salam, maka wajibkah Makmum turut sujud sahwi mengikut Imam walaupun Makmum tidak ketahui apa salahnya?
Jawapan.
Makmum wajib mengikuti apa yang diperbuat oleh Imam. Dalam hal ini wajib Makmum mengikuti Imam melakukan sujud sahwi, walaupun Makmum tidak mengetahui apa yuang menjadi sebab Imam sujud sahwi, kerana mutaba’ah. Dalilnya menurut dalam syarah Ghayatul-Bayan seperti berikut:-
فَأِنْ سَجَدَ إِمَامُهُ لَزِمَهُ مُتَا بَعَتُهُ فَأِنْ تَرَكَهَا عَامِدًا عَالِمًا بِا لتَّحْرِيْمِ بَطَلَتْ صَلَاُتُهُ.
“Kalau sujud sahwi imamnya, lazimnya bagi makmum mengikutinya. Maka jika makmum meninggalkan ikut imam dengan sengaja, lagi tahu dengan haramnya,batallah sembahyangnya itu.
”(Kitab Ghayatul Bayan Halaman 120).
SOALAN 66.Apa jadi jika Sejadah bersih lantai tidak bersih
Salah satu syarat sah sembahyang ialah kebersihan tempat sembahyang. Apakah yang dimaksudkan tempat sembahyang. Apakah lantai dimana sejadah itu dihampar juga harus bersih. Bagaimana kalau sejadahnya bersih sedangkan lantainya mungkin tidak bersih?
Jawapan.
Yang dimaksud tempat sembahyang, adalah tempat yang bertemu atau bersentuhan dengan badan atau pakaiannya orang yang bersembahyang. Di waktu berdiri, adalah tempat dimana kedua tapak kaki diletakkan. Di waktu duduk dimana kain dan bahagian badan diletakkan. Di waktu sujud, dimana segala anggota sujud dan bahagian-bahagian badan dan pakaian diletakkan. Jadi yang tidak terkena dengan salah satu bahagian badan atau pakaian orang yang sembahyang, bukanlah tempat yang dimaksudkan tempat sembahyang.
Umpamanya kita tengah sembahyang, di kala mahu sujud dihadapan kita jatuh tahi cecak, maka cukup kalau sujud, najis itu di luar, artinya jangan dikenakan bahagian dari anggota badan dan pakaian kita. Pada ketika itu, tidaklah yang kehjatuhan tahi cecak itu, dinamakan tempat sembahyang, kerana tidak bersentuhan dengan anggota badan atau pakaian kita.
Adapun lantai dimana sajadah itu dihampar, tidaklah disyaratkan suci. Asalkan jangan basah najis yang dibawahnya dan tembus pada zahir sejadah itu.
(Kitab Masaah Agama Jil 1.ms 74)
SOALAN 67. Apakah hukum qobliyah (dahulu) Jumaat?
Bagaimana hukumnya solat qabliyayah (terdahulu) Jumaat. Sesetengah orang ambil ringan sahaja tidak mahu lakukan solat dua rakaat ini sebelum Jumaat.?
Jawapan.
Sembahyang qabliyyah Jumaat sunnah artinya orang yang melakukannya beroleh pahala dari Allah s.w.t. dan tidak berdosa yang meninggalkannya. Sama halnya dengan qabliyyah sembahyang Dzuhur. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban :مَا مِنْ صَلَاةٍمُفْرُوْضَةٍ إِلَّاوَبَيْنَ يَدِ يْهَا رَكْعَتَانِ.(رواه ابن حبان(
“Tak ada satu sembahyang yang difardhukan melainkan disunatkan sebelumnya sembahyang dua rakaat (H.R.Ibnu Hibban)
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّى قـَبْلَ الْجُمُعَةِ رَكْعَتَيْنِ وَبَعْدَ هَا رَكْعَتَيْنِ) .رواه ألطبرني(”Bahawa Nabi s.a.w. adalah beliau bersembahyang sebelum Jumaat dua rakaat dan sesudahnya dua rakaat.( HR Atthabarani)
(Rujukan KitabMasalah Agama Jil. 1 ms.82)
--------------------------ooooooooooooo-----------------------------
No comments:
Post a Comment