Maslah 119 –Apa cara makmum masbug dalam solat jenazah
Bagaiman keadaan makmum masbug dalam solat jenazah .
Jawapan.
Seorang makmum yang masbug hendaklah ia membaca Fatihah kemudian daripada takbirat al-ihram, walaupun imam berada dalam takbir yang lain.
Namun begitu jika imam takbir sebelum makmum itu membaca Fatihah maka hendaklah ia mengikut imamnya pada takbir dan gugurlah Fatihah itu daripadanya, kemudian hendaklah ia sempurnakan solatnya dengan takbir dan bacaan-bacaannya itu selepas imam memberi salam.
Oleh yang demikian jika imam bertakbir dan makmum masbug sedang mambaca Fatihah, maka wajib ia bertakbir mengikut imam dan tinggalkan bacaan Fatihah yang baki itu jika ia tidak sibuk membaca Ta’wwuz ;
أعوذ بـا لله من الشيطان الرجيم..."
Sebaliknya jika ia membaca Ta’awwuz maka wajib ia tambah bacaan Fatihah sekadar Ta’wwuz.
Disunatkan jangan mengangkat jenazah sehingga makmum masabug menyelesaikan solatnya, kerana barangsiapa solat jenazah dan bertakbirat al-ihram sebelum jenazah diangkat maka tidak membatalkan solatnya jika diangkat jenazah selepas itu walaupun jauh dan berpaling daripada Qiblat.
Namun begitu jika bertakbirat al-ihram selepas diangkatkan jenazah dan dibawa pergi ke perkuburan, maka disyaratkan sah solatnya itu tidak jauh melebihi tiga ratus hasta dan tidak bepaling daripada Qiblat, sebaliknya jika jauh atau berpaling daripada Qiblat sebelum salamnya nescaya batallah solatnya itu.
(Kitab solat jamaah m.s. 92)
----------------------oooooooooooooo----------------------
No comments:
Post a Comment