Email: hjdan@myjaring.net
Bloggeer : http://www.hjchedan.blogspogt.com/
Masalah 21.. Doa qunut dan fungsinya.
Apakah faedahnya doa qunut. Bagaimana jika tertinggal di kala solat Subuh.
Jawapan.
Keudukan doa Qunut pada rakaat kedua solat subuh dan rakaat akhir solat nisfu dan rakaat kedua solat witir selepas malam 16 Ramadzan sunat dilakukan, artinya diberi pahala dilakukan dan tidak berdosa meninggalkannya. Dia tergolong sunnat ab’ad seperti tashdud awal, maka disunatkan bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sujud sahwi. Tetapi doa qunut yang dibaca selepas rakaat akhir kerana menghilang bala dan musibah tidak dikenakan sujud sahwi.
Menurut keterangabn Al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad Al-Husainy, dalam kitab Kifayatul Akhyar juz,1 halaman 70 sebagai berikut:-
“Dan adapun qunut maka disunatkan pada iktidal rakaat kedua dalam solat Subuh, kerana ada hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. berkata :- “Sentiasalah Rasulullah s.a.w. melakukan qunut dalam solat Subuh sehingga beliau meninggal dunia. Setelah meriwayatkan akan hadis ini oleh Al-Imam Ahmad dan lainnya, berkata Ibnusshalah; ”Sesungguhnya telah menghukum dengan sahihnya hadis ini oleh bukan sedikit dari pada Huffaz.
Dan Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 bermaksud; ”Dan apa-apa yang Rasulullah s.a.w. datangkan kepada mu, maka ambillah oleh mu akan dia.” (Ruju Kitab Seratus Masalah Agama Jilid 1, ms 122)
Masalah 22..Membaca Surah Al-Fatihah
Apakah hukumnya membaca Fatihah diberhentikan dalam ayat “An am ta ‘alaihim….”
Jawapan.
Ketahuilah bahawa hukum waqaf pada “An ‘am ta ‘alai him” adalah khilafatul Aula, artinya menyalahi yang utama. Jadi sebaliknya jangan waqaf di situ. Akan tetapi apabila waqaf juga di situ, tidaklah sunnat kembali lagi kepada permulaan ayat. Tegasnya kalau sudah terlanjur waqaf pada “An ‘am ta alaihim,” tak usah mengulangi lagi dari awal ayat. Jadi sudah sahaja, lanjutkan lagi: “Ghairil maghdu bi ‘alaihim…..” Keterangan tersebut dalam kitab Fathul Mu’in pada Hamisy I’anaatutthalibin, Juz 1 halaman 147 sebagai berikut:-
“Dan yang utama bahawa tidaklah diwaqafkan pada “An ‘am ta ‘alaihim” kerana bahawasanya bukannya itu tempat waqaf, dan bukan penghabisan ayat pada kita. Maka jika telah waqaf seorang atas ini tidaklah disunatkan kembali dari permulaan ayat.” (Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilid 1, ms 126)
Masalah 23…Solat Terlupa baca Fatihah
Setelah selesai solat baru ingat ada rukun yang tertinggal, apakah solatnya batal atau tidak.
Jawapan
Tidak sah solat yang kurang rukunnya, jika tertinggal itu dengan sengaja. Tetapi jika tertinggal itu dengan tidak sengaja atau terlupa maka jika terjadi teringatnya itu masih di dalam sembahyang, maka wajiblah segera dilakukan rukun itu. Umpamanya seorang terlupa membaca Fatihah, kemudian setelah ia sujud sekali, teringat olehnya bahawa ia belum membaca Fatihah, wajiblah ia kembali kepada kedudukan qiyam semula untuk membaca Fatihah, kemudian dibuat semula rukun-rukun solat selepas itu hingga sempurna, dan disunatkan ianya membuat sujud sahwi sebelum meberi salam. maka tidaklah membatalkan solatnya itu.
Jika rukun yang ditinggal secara terlupa itu baru diingatnya sesudah memberi salam, maka hal tersbut ialah keadaan masa antara salam dan teringatnya itu jaraknya dekat, wajiblah ia membina atas yang ditinggalkannya itu, berarti kembali berdiiri solat dan membaca Fatihah serta mengulang rukun-rukun yang seterusnya, dan kemudiian sebelum memberi salam, sunat jua dilakukannya sujud sahwi. Solatnya itu sah.
Tetapi jika antara ia memberi salam dan wakltu teringatnya itui, sudah jauh , tidaklah dapat rukun yang ditinggalkan itu, maka wajiblah ia mengerjakan solat itau semula dari mula hingga selesai.
Dalilnya ialah menurut hadis yang diriwayatkan oleh Adirrahman bin Auf yang bermaksud:- (Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilid 4, ms 138)
Artinya: “ Apabila syak salah seorang kamu pada sembahyangnya, maka tidaklah diketahuinya apakah satu rakaat yang telah dilakukannya ataukah dua rakaat, maka hendaklah dibuatnya keputusan bahawa baru satu rakaat, dan apabila tidak tahu lagi dia, apakah dua rakaat atau tiga rakaat, maka hendaklah dibuatnya keputusan dua rakaat. Dan apabaila tidak tahu lagi dia, apakah tiga rakaat yang telah disembahyangnya ataukah empat rakaat, maka hendaklah dijadikannya tiga rakaat, kemudian sujudlah dua sujud sahwi ia apabila telah selesai dari sembahyang, sebelum ia memberi salam. (H.R Ahmad, Ibnumajah, Attirmidzi)
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilids 4, ms 140)
Masalah 24… Pernahkah Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat dua rakaat sunnah sebelum Maghrib.
Jawapan.
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Habban bahawa Rasulullah s.a.w. ada melakukan sembahyang sunat qobliyyah (dahulu) Maghrib dua rakaat. Menurut hadis yang ditriwayatkan dari Annas r.a. yang berikut :-
كَ نَّا نُصَلـِّىْ عَلىَ عَهْدِ رَسُوْلِ اللهَ صَلـَّى اللهِ عَلـَيْىهِ وَسَلـَّمَ رَكْعَتـَيْنِ بَعْدَ غُرُوْبِ الشَّمْسِ قـَبْلَ الـْمَغْرِبِ فـَقِيْل اَكَان َ رَسُوْلً اللهِ صَلـَّى اللهِ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمِ صَلَّاهَا ؟ قـَالَ كـَانَ يِرَانَا نُصَلـِّيْهِمَا فـَلـَمْ يَأ ْ مُرُ نـَا وَلـَمْ يِنْهَنـَا (رواه مسلم)
“Adalah kami bersembahyang pada masa Rasulullah s.a.w. dua rakaat sesudah masuk matahari, sebelum sembahyang Maghrib, Maka ditanya orang; “Adakah Rasulullah s,a,w, menyembahyanghkannya? Jawabnya” Adalah beliau melihat kami melakujkannya, maka beliau tidak perintah kami dan tidak melarang kam. (H.R.uslim) (Rujuk Kitab Seratus Maslaah Agama Jilid 4, ms. 151)
Masalah 25…Khatib Tertinggal Rukun Khutbah
Bagaimana seorang Khatib meninggalkan salah satu rukun Khutbah. Adakah sah solat Jumaat itu ?
Jawapan.
Meninggalkan salah satu rukun khutbah seperti meninggalkan Al-hamdulillah, atau dibacanya “hamdulillah” , maka dibacanya seperti “hamlaah…….” Ini sama dengan tidak mambacanya, atau meninggalkan wasiat “bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat atas Nabi, atau meninggalkan membaca ayat-ayat al-Quran pada salah satu dua khutbah, atau meninggalkan doa “lil mukminin” pada khutbah kedua. Maka jika tidak dibacanya rukun-krukun khutbah yang
Rukun Khutbah itu ada lima perkara:-
(1). Mengucapkan al-Hamdulillah dalam keduanya.
(2). Selawat atas Rasulullah s.a.w dalam kedua-duanya
(3). Berpesan kepada para jermaah supaya bertaqwa kepada Allah,
dalam kedua-duanya.
(4). Membaca sepotong ayat Al-Quran dalam salah satu khutbah.
(5). Membaca doa untuk kebaikan kaum muslimin dan pemerintah Islam
dalam perkara ke akhiratan atau kebaikan Islam.
Sunat juga memendekkan khutbah dan memanjangkan sembahyang Jumaat itu. Menurut riwayat dari Ammar bin Yassir r.a.bermaksud:-
Sesungguhnya panjagngnya sembahyang seorang laki-laki, dan pendek khutbahnya itu, adalah pertanda dari pada fiqahnya. Maka penjangkanlah olehmu akan sembahyang dan pendekkanlah khutbah.
(H.R. Ahmad dan Muslim) (Rujuk: Kitab Seratus Maslaah Agama Jilid 4, ms 166) dan Kitab Kemusyikilan Agama oleh Dr.Syed Abdillah Ahmad Al-Junid ms.57.)
Sunat juga memendekkan khutbah dan memanjangkan sembahyang Jumaat itu. Menurut riwayat dari Ammar bin Yassir r.a.bermaksud:-
Sesungguhnya panjagngnya sembahyang seorang laki-laki, dan pendek khutbahnya itu, adalah pertanda dari pada fiqahnya. Maka penjangkanlah olehmu akan sembahyang dan pendekkanlah khutbah.
(H.R. Ahmad dan Muslim) (Rujuk: Kitab Seratus Maslaah Agama Jilid 4, ms 166) dan Kitab Kemusyikilan Agama oleh Dr.Syed Abdillah Ahmad Al-Junid ms.57.)
Masalah 26.. Mengambil Wuduk sebelum Mandi hadas.
Mengapakah kita kena ambil wuduk dan membaca Bismilla hirrahma nirrahim sebelum mandi hadas padahal badan kita masih kotor lagi.
Jawapan.
Membaca Bismilla hirrahma nirrahim itu bukannya niat sebagai membaca dari al-Quran tetapi hendaklah disifatkan sebagai berziki sahaja dan tidaklah berdosa, atau tidak diniatkan kedua-duanya sekali pun tidak mengapa, jika niat membaca sebagai ayat al-Quran adalah berdosa kerana kita masih berhadas besar. Mengangkat wuduk itu adalah perkara yang diarahkan dalam ilmi fiqh dan mengikut fi’il Nabi s.a.w. sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh “Aisyah r.a. bermaksud:-
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau akan melakukan mandi kerana janabah berwuduklah beliau seperti wuduknya seketika akan sembahyang.’ (H.R. Al-pBukhari dan Muslim)
Menurut catatan terdapat dalam Kitab Fathul Mu’in seperti berikut:-
“Dan disunatkan untuk mandi wajib dan mandi sunnah, membaca Bismilla hirrahma nirrahim pada permulaannya dan menghilangkan kecemaran yang suci, seperti mani dan ingus, dan najis, seperti madzi, walaupun sebenranya memadai untuk pencucian najis dan hadas itu oleh suatu basuhan sekaligus. Dan disunatkan berkemin (kencing) orang yang keluar mani sebelum mandinya, agar keluarlah sisa-sisanya yang berada pada salurannya. Maka sesudah menghilangkan segala kotoran, sunnah berkumur-kumur dan memasukan air ke hidung, lalu wuduk dengan sempurna, kerana ittiba’, yang diriwayatkan oleh Syaikhain. Dan disunatkkan mengekalkan wudu itu sampai selesai mandi, sehingga jika berehadas ia pula, disunatkan baginya mengulangi wuduk itu.” (Rujuk Kitab Seratus Masalah Agama hadis 139, ms 96
SOALAN 27.. Bagaimanakah hukumnya apabila seseorang yang bersembahyang itu hanya memakai seluar sahaja dan tidak berbaju dan juga tidak bersongkok.
Jawapan.
Menutup aurat adalah salah satu daripada syarat sah sembahyang. Aurat orang lelaki dalam sembahyang adalah sesuatu yang ada di antara pusat dan lutut. Jadi jika seorang laki-laki sudah memakai seluar yang menutup bahagian pusat dan sekelilingnya dan bahagian lutut dan sekelilingnya berarti sudah menutup aurat, walaupun tidak memakai baju dan songkok. Dengan itu sahlah sembahyangnya.
Akan tetapi apabila kita pergi bersiar-siar di bandar, menonton wayang dan sebagainya kita memakai pakaian yang cantik-cantik dan sepenuhnya kerana kita malu kepada manusia yang melihatnya, mengapa kita tidak malu mengadap Tuhan dengan pakaian seperti hendak ke tandas. Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud ”Apabila kamu hendak mengerjakan solat hendaklah memakai pakaian yang cantik-cantik dan lengkap” . Dari itu apabila kita hendak solat, kita hendaklah berpakaian yang lengkap dan cantik.
(Rujuk kitab Seratus Masalah Agama Jil.5 ms 99 )
SOALAN 28..Kita hendak mengambil air sembahyang kebiasaannya kita buang air kecil dahulu, dengan keyakinan kita sudah besih, lantas mengambil air sembahyang, terus solat, tetapi kadangf-kadang di waktu sujud ada seolah-olah air sedikit, ada rasa terkrluar ,ini mendatangkan karagu-raguan, apakah itu terbatalnya wuduk kita?
Jawapan
Masalah membersihkan diri dari bekas-bekas kencing amat penting, kerana jika kurang bersih akibatnya dapat merusakkan wuduk dan membatalkan sembaynag pula. Terdapat petua dalam Kitab Bidayatul Hidayah yang bermaksaud:
”Setengah daripada adab beristinja’ bahawa engkau lakukan istibro’ dari kencing, dengan berdehem-dehem, dan menarik zakar perlahan-lahan tiga kali, dan dengan melakukan dengan tangan kiri dari bawah”
Sekarang andaikata kita sudah bersih sesudah istinja’ dan istibro’, kemudian kita yakin menitisnya kembali air kencing dari zakar, maka dengan sendirinya batallah sembahyang, kerana batal wuduknya dan ternajis pakaian dalamnya. Akan tetapi apabila kita syak ragu-ragu seperti seolah-olah menetis sedikit air kencing, tetapi tidak yakin akan hal teresebut, tidaklah sembahyang itu menjadi batal demikian pula wuduknya. Oleh sebab pada asalnya kita yakin suci , sedangkan kita ragu-ragu dalam hal batalnya. Hukum fiqh adalah ”Yakin tidak menghilangkan dengan syak.”
(Rujuk kitab Seratus Masalah Agama Jil.5 ms 96.
SOALAN 28..Kita hendak mengambil air sembahyang kebiasaannya kita buang air kecil dahulu, dengan keyakinan kita sudah besih, lantas mengambil air sembahyang, terus solat, tetapi kadangf-kadang di waktu sujud ada seolah-olah air sedikit, ada rasa terkrluar ,ini mendatangkan karagu-raguan, apakah itu terbatalnya wuduk kita?
Jawapan
Masalah membersihkan diri dari bekas-bekas kencing amat penting, kerana jika kurang bersih akibatnya dapat merusakkan wuduk dan membatalkan sembaynag pula. Terdapat petua dalam Kitab Bidayatul Hidayah yang bermaksaud:
”Setengah daripada adab beristinja’ bahawa engkau lakukan istibro’ dari kencing, dengan berdehem-dehem, dan menarik zakar perlahan-lahan tiga kali, dan dengan melakukan dengan tangan kiri dari bawah”
Sekarang andaikata kita sudah bersih sesudah istinja’ dan istibro’, kemudian kita yakin menitisnya kembali air kencing dari zakar, maka dengan sendirinya batallah sembahyang, kerana batal wuduknya dan ternajis pakaian dalamnya. Akan tetapi apabila kita syak ragu-ragu seperti seolah-olah menetis sedikit air kencing, tetapi tidak yakin akan hal teresebut, tidaklah sembahyang itu menjadi batal demikian pula wuduknya. Oleh sebab pada asalnya kita yakin suci , sedangkan kita ragu-ragu dalam hal batalnya. Hukum fiqh adalah ”Yakin tidak menghilangkan dengan syak.”
(Rujuk kitab Seratus Masalah Agama Jil.5 ms 96.
SOALAN 29.. Jika saya mengambil air sembahyang menggunakan cebok atau gayong, kemudian air sembahyang itu kembali kepada atau terjatuh kepada bekas itu apakah sah atau tidak wuduk saya itu?
Jawapan.
Pertanyaan ini mengenai air mustakmal yang terjatuh ke dalam cebok atau gayong ke dalam air muthlaq (air suci mensucikan). Air mustakmal hukumnya suci tetapi tidak mensucikan, artinya boleh diminum tetapi tidak dapat untuk mengambil air sembahyang, mandi junub dan menghilangkan najis Syarat berwuduk adalah dengan nair muthlaq. Jadi air yang jatuh ke dalam cebok atau gayong yang menetis dari muka atau tangan orang atau angguta yang wajib berwuduk seketika mengangkat hadas kecil tadi itu adalah air mustqmal.
Kalau air mustaqmal itu terjatuh ke dalam kolah tempat mengambil wuduk itu yang melebihi dua kolah maka sahlah wuduk itu, kecuali yang jatuh itu najis atau air mutanajis, maka tidaklah boleh mengambil wuduk. Begitu juga kalau air itu menjadi berubah dengan sebab kejatuhan air mustaqmal, dengan perubahan yang banyak sehingga dapat menghilangkan nama air muthlaq, maka air itu juga tidak boleh digunakan berwuduk.
Kesimpulan, jika air yang menitik ke dalam cebok atau gayong itu sehingga dapat merubahkan air muthlaq, jadi air itu tidak muthlaq lagi. Dia suci dan tidak mensucikan, boleh di minum tetapi tidak boleh mengnmbil air sembahyang. Jika air yang menitik ke dalam cebok atau gayong sedikit sahaja, tidak merubahkan air dan tidak menghilangkan nama aiar mutlaq maka tidaklah mengapa untuk meneruskan memakai air itu. Ia tetap air mutlaq dan suci mensucikan.
(Rujuk KitabSeratus Maslah Agama Jil 5 ms 90.)
----------------ooooooooooo-----------------------
.
No comments:
Post a Comment