Friday, 29 April 2011

Masalah Agama Islam Bab 257-258 - Siaran pos 125

Email   -  hjdan@myjaring.net



Masalah 257  - Rukun Iman yang ke Dua

Jawapan


RUKUN  IMAN KEDUA –BERIMAN  KEPADA  MALAIKAT.


Malaikat ialah makhluk halus yang dicipta oleh Allah.  Mereka ini ialah makhluk di alam ghaib.  Makhluk yang tidak dapat dilihat, didengar, diraba, dicium, dan dirasa.  Mereka hidup dalam suatu alam yang berbeza dengan kehidupan alam semesta yang kita saksikan ini. Mereka ialah malaikat yang taat, patuh dan sentiasa beribadat menjalankan perintah Allah.
Firman Allah s.w.t. :
بَلْ عِبَادٌمُّكْرَمُونَ (26) للآيَسْبِقـُونَهُ بِالـْقـَوْلِ
وَهُمْ بِأ َ مْرِهِ يَعْمَلـُونَ (27)
“Bahkan malaikat itu adalah hamba Allah yang dimuliakan, mereka tidak pernah mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka bertindak atas perintah-Nya.     (Surah Al-Ambiya ayat 26-27).

Antara lain sifat-sifat istimewa malaikat ialah :-

             a..Mereka dapat menyerupai makhluk lain yang berubah menurut
                kehendaknya setelah mendapat keizinan Allah.
             b..Mereka dapat melalui perjalananyang jauh dalam jangka waktu 
                yang  singkat.
            c.. Mereka dapat melaksanakan  tugas-tugas yang amat berat yang 
               tidak dapat dilakukan oleh makhuk lain.

d.     Mereka amat patuh pada suruhan dan perintah Allah.  Tidak sekali-kali engkar dan menderhaka kepada Allah.

        e..Mereka tidak makan, minum dan melakukan hubungan jenis.

Jumlah para malaikat terlalu banyak dan tidak diketahui jumlahnya selain Allah yang amat mngetahui.  Antara yang wajibh diketahui ialah :-

          a.. Malaikat Jibril (جبريل)
               Dia ialah penghulu segala malaikat.  Tugasnya menyampaikan
              Wahyu kepada para rasul dan nabi.
         b.. Malaikat Mikail – (ميكاءيل)
             Tugasnya ialah membahagikan rezeki kepada seluruh mahluk, sama
            ada manusia, haiwan, jin syaitan dan lai-lain.
         c..   Malaikat Izrail –( عزراءيل)
             Tugasnya ialah mengambil nyawa sekalian makhluk.  Izrail juga
            dipanggil Malaikat Maut.

           d.. Malaikat Israfil- ( إسرافيل)  
                 Tugasnya ialah meniup sangkakala jikalau tiba masa hari Kiamat
                 nanti.
            e..  Malaikat Raqib dan Atid –(رقيب دان عتيد)
                 Kedua-dua                  malaikat ini bertugsa mencatat amalan baik
                dan jahat.  Segala tingkah laku manusia tidak akan  terlepas  dari
                cacatan kedua-dua malaikiat ini. 

           f.. Mungkar dan Nakir منكر دان نكير))
                 Kedua-dua malaikat ini bertugas menyeksa dan
                 Mengemukakan soalan-soalan kepada orang yang telah meninggal
                 dunia di dalam kubur.  Tidak ada seorang pun yang dapat
                  melepaskan dirinya daripada kedua-dua malaikat ini walau di
                 manapuan  mereka  mati.

            g..Malaikat Malik – (مالك)   Tugasnya menjaga neraka.

             h..Malaikat Ridhwan –(رضوان)  Tugasnya menjaga syurga.

Selain daripada itu ada lagi tugas malaikat ini iaitu bertasbih dan memuji Allah, memikul Arsy, memberi salam kepada ahli syurga, menyiksa penghuni neraka, mendoakan para mukmin seperti firman Allah s.w.t. dalam  Al-Quran Surah Ghafir ayat 7 – 9)  yang bermaksud  :-
“Para malaikat yang memikul Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih menuji Tuhannya dan beriman kepadaNya, serta mereka memohon ampun bagi orang yang beriman (dengan berdoa merayu): ‘Wahai Tuhan kami rahmatMu dan ilmuMu meliputi segala-galanya maka berilah keampunan kepada orang yang bertaubat serta menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab neraka”

“Wahai Tuhan kami dan masuklah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan masuklah bersama-sama mereka orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan  isteri-isteri meraka serta keturunn mereka.  Sesungyuhnya Engkaulah jua yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.”

“Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan yang dilakukannya dan sebenarnya sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu daripada terkena (balasan) kejahatan-kejahatan yang dilakukannya, maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya, dan yang demikian itulah kemenangan yang besar nilainya.”
                                                                    (Surah Ghafir ayat 7 – 9)

Di dalam satu hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud:-

“Pada setiap pagi seseorang itu pasti disertai oleh dua malaikat yang berdoa.  Ya Allah berilah kerosakan terhadap orang yang enggan  membelanjakan hartanya untuk bersedekah,”  sedangkan yang lainnya berdoa :”Ya Allah
Berilah penggantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya kepada kebaikan
Sebuah Hadis daripada Abu Umamah r.a. daripada Nabi s.a.w.  sabdanya bermaksud: -
”Malaikat yang di sebelah kanan (yang  menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang sebelah kiri, maka apabila ’seseorang melakukan sesuatu kebaikan ditulis baginya kebaikan itu menjadi dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila dia melakukan sesuatu kejahatan, lalu malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, lalu malaikat disbelah kanan berkata:
”Tunggu dahulu”, lalu dia menunggu selama enam atau tujuh jam, maka jika orang itu beristighfar daripada perbuatan jahat itu tidaklah ditulis sesuatu apa pun, dan jika dia tidak meminta ampun kepada Allah barulah dituliskan baginya satu kejahatan sahaja.”         (Hadis riwayat at-Tabrani ).

Berdasarkan kepada hadis tersebut dapatlah disumpulkan bahawa tiap-tiap seorang manusia ada dua malaikat yang menulis segala amalannya.  Dalam hadis ini juga diterangkan mengenai tugas malaikat Raqib dan Atid antaranya:-

         (1).  Malaikat berada di kiri dan kanan setiap manusia.
          (2).   Tiap-tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh ganda kebaikan.
         (3).    Malaikat disebelah kanan tugasnya menulis amalan kebaikan, 
             manakala yang di sebelah kiri menulis amalan kejahatan.
     (4).   Satu kebaikan ditulis dengan sepuluh kebajikan, dan satu kejahatan
         hanya ditulis dengan satu kejahatan sahaja.
     (5).  Seseorang yang mengerjakan amalan jahat tidak ditulis kejahatan
                itu melainkan ditangguhkan selama enam hingg atujuh jam. 
                Sekiranya dia beristighfar memohon ampun kepada Allah atas
                kejahatannya dalam tempoh tersebut, maka kejahatannya itu tidak
               ditulis oleh malaikat.
Dalam hadis-hadis yang lain ada dinyatakan tugas-tugas malaikat antaranya ialah:-
         (1).  Ditugaskan mencatatkan kedatangan orang Islam sembahyang
               Jumaat ke masjid.

        (2).  Ditugaskan berdoa untuk orang yang mengajar perkara-perkara
               yang baik dan mengajar ehwal agama Islam.

        (3).  Ditugaskan memberi penghormatan dan pahala kebaikan kepada
               penuntut-penuntut dan mereka yang hadir ceramah  ilmu agama.

        (4).  Ditugaskan mengucap Amin bagi doa seseorang yang memohon
               kebaikan untuk saudaranya dan juga sesama Islam.

         (5). Ditugaskan memberi  ilham kepada manusia.

         (6).  Ditugaskan melaknatkan orang yang mengacukan senjata yang
               bukan musuhnya.

         (7). Ada juga ditugaskan malaikat melaknati orang yang  menyiksa
               binatang.

       (8).  Malaikat juga ditugaskan melaknati orang-orang  yang menghina
              sahabat-sahabat Nabi s.a.w., juga para ‘alim ‘ulama’ dan guru-
              guru agama.


HIKMAH BERIMAN KEPADA MALAIKAT.
(1).   Apabila seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh malaikat,maka dia akan sentiasa menjaga tingkah lakunya, sentiasa berkelakuan baik, menjaga tutur katanya walauapaun di mana dia berada.

(3).  Jika dia terlanjur melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan, dia akan segera insaf dan bertaubat kembali, tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut, kerana menyedari setiap tutur katanya, gerak lakunya sama ada buruk atau baik akan tetap tidak terlepas daripada catatan Raqib dan Atid.

(54)..Apabila seseorang itu mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh malaikat di dalam kuburnya semasa hidup di dunia ini dia tiak mengerjakan apa yang disuruh dan menghindar apa yang dilarang Allah.  Jadi apabila menyedari keadaan ini tentu dia  akan sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga supaya suruhan Allah akan sentiasa dipatuhi dan dia selamata di alam kubur nanti.

(Rujukan Nota Pengajian Usuluddin dari Universiti Malaya 2009 –dan Kitab Asas-Asas Fardhu’Ain tahun 2006)

-----------------------------ooooooooooooooo-----------------------------
Masalah 258  --Apakah Rukun  Iman Yang Ke Tiga

Jawapan
Rukun Iman Ketiga – Iman Kepada Rasul.
Beriman kepada para rasul dan nabi merupakan Rukun Iman yang Ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan nabi kepada manusia ke dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat.  Para rasul dan nabi yang terdiri daripada kalangan manusia bermula dengan Nabi Allah Adam a.s. dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penutup bagi nabi dan rasul terakhir.
Walau bagaimanapun, antara rasul dan nabi ada perbezaannya.  Rasul diutuskan kepada seluruh manusia sedangkan nabi hanya untuk kaumnya sahaja.  Semua rasul adalah nabi, tetapi tidak sebaliknya.  Rasul ini masing-masing mempunyai mukjizat tersendiri yang di kurniakan oleh Allah bagi menguatkan pengakuan  sebagai rasul dan nabi.  Namun demikian masih ada manusia yang enggan dan tidak mahu mengakui kerasulan dan kenabian ini.

Firman Allah s.w.t.  dalam Surah Fatir ayat 24 dab 25 :-
إِنـَّآ أَرْسَلـْنَاكَ بِالـْحَقِّ بَشِيرًاوَنَذِيرًا ج  وَإِن ْ مِّنْ أ ُمَّةٍ إِلاَّ خَلَا فِيهَا نَذِيرٌ (24)  وَإِنْ يُكَذِّبُوْكَ فَقـَدْكَذّ َبَ الـَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ جَـآءَتْهُمْ رُسُلـُهُمْ بِالـْبَيـِّنَتش وَبِالزَّبُرِوَ بِالـْكِتـَبِ الـْمُنِيرِ (25)
Bermaksud:
”Sesungguhnya kami mengutusnya dengan agama yang benar, sebagai pembawa berita gembira kepada orang yang beriman dan pemberi amaran kerpada orang yang engkar dan tidak ada sesuatu umat pun melainkan telah diutusakan seorang rasul bagi memberi ingatan dan amaran kepada mereka”

”Dan jika mereka yang kafir itu mendustakannya, maka yang demikian itu tidaklah menjadi masalah kerana sesungguhnya orang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan para rasul masing-masing.  Mereka telah diutuskan rasul bagi memberi keterangan-keterangan yang nyata dan disertai dengan kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta kitab (syariat) yang terang jelas. (Surah Fatir ayat 24 dan 25).

Firman Allah s.w.t dalam Surah Ibrahim ayat 1:-

الـَـر ج كِـتـَبٌ أَنْزَلـْنَهُ إِلـَيْكَ لـِتُخْرِجَ الـنـَّاسَ مِنَ الظُّلـُمَتَ إِلىَ النـُّورِ بِـاءِذْنِ رَبِّهِمْ إِلىَ صَرَطِ الـْعَزِيرِ الـْحَمِيدِ. (1)
Bermaksuds:  “Aliff, Lam, Raa, inilah kitab (al-Quran) kami turunkan kepadamu, wahai Muhammad dengan itu engkau dapat mengeluarkan umat manusia daripada gelap gelita (kebodohan/kufur) kepada terang-benderang (iman) dengan izin tuhan mereka, ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji”  (Surah Ibrahim  ayat  1)

Dalamn Surah Ibrahim ayat 4 juga, Firman Allah :-
وَمَا أَرْسَلـْنَا مِن رَّسُولٍ إِلاَّ بِلِسَانِ قـَوْمِهِ لـِيـُبـَيـِّنَ لـَهُمْ ج فَيُضِلُّ اللهُ مَنْ يَشَآءُ وَيَهْدِى مَنْ يَشَآءُ ج وَهُوَ الـْعَزِيْزُ الـْحَكِيمُ. (4)
”Dan kami tidak mengutuskan seseorang rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia dapat menjelaskan hukum-hukum Allah kepada mereka.  Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) juga memberi petunjuk hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dialah yang Maha Berkuasa lagi  Maha Bijaksana.               (Surah Ibrahim: ayat 4).

Semua rasul-rasul telah meaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan baik iaitu menyampaikan kepada umat masing-masing amanah Allah.  Rasul-rasul itu mengajar mereka bahawa Allah itu Maha Esa dan Maha Kuasa bahawa Allahlah yang mengatur masyarakat manusia dengan syariat yang betul supaya mereka dapat hidup di dunia ini dengan rukun dan damai serta aman makmur, bahawa Allah menghendaki tiap-tiap orang berakhlak mulia dan berbudi luhur.  Semuanya itu dengan tujuan bagi mengwujudkan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

Sifat-Sifat Rasul.

Sifat-sifat parfa rasul itu ada yang wajib dan mustahil dan yang harus. Angtaranya ialah:

a.     Wajib bagi rasul-rasul itu bersikap ”Siddiq” ertinya benar di dalam tutur kata dan tingkah laku.  Mustahil baginya bersikap ”kazib” (dusta). Sebagai saeorang rasaul maka wajiblah dia bersifat benar kerana dengan bersifat benar itulah segala ajaran yang diterimanya daripada Allah dapat disampaikan kepada unmat manusia, tanpa disembunyikannya walau sedikit pun.  Sekiranya rasul itu seoang pendusta sudah tentu dia tidak akan menyampaikan segala apa yang diwahyukan kepadanya.  Maka adalah mustahil  rasul bersifat pembohong kerana pembohong itu sudah tentu akan mencacatkan sifat kerasulannya.

b.     Sifat kedua wajib bagi rasul ialah bersifat amanah dan mustahil para rasul itu bersifat khianat sama ada mengkhianati manusia atau mengkhianati Allah.  Para  rasul wajib menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya sekalipun harus ditebus dengan jiwa raganya.  Andaikan rasul itu bersifat khianat, mengikut perintah Tuhan, tidak menunaikan tanggunjawabnya, perintah-perintah Allah dikerjakan, maka pastilah Rasul yang sedemikian itu akan masuk ke dalam lembah kerendahan dan kehinaan.  Ini sudah tentu tidak masuk akal sama sekali sifat seorang rasul lebih-lebih lagi mereka itu dilantik dan dipilih oleh Allah.
c.      Sifat ketiga ialah rasul-rasul juga bersifat ”Tabligh” ertinya wajib menyampaikan apa yang telah diterima wahyu dari Allah s.w.t.  Disampaikan segala ajaran Allah kepada seluruh manusia tanpa diembunyikan walau satu pun.  Mustahil bagi rasul rasul itu bersifat meneyembunyikan.  Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Maidah ayat 67 ” :-
يَأ َيُّهَا الرَّسُولُ بَلـِّغْ مَـآ أ ُنْزِلَ إ ِلـَيْكَ مِن رِّبِّكَ.
      Wahai para rasul, sampaikanlah apa-apa yang
            diturunkan kepadamu dari Tuhanmu:. ( al-Maidah ayat 67)
d.     Para rasul bersifat ”Fatanah” ertinya cerdik.  Mustahil jika seseorang rasul itu bodoh dan lemah otaknya.  Dia wajib memiliki kekutan berfikir dan kemampuan akal yang tinggi.  Sebagai seorang rasul utusan Allah tentu mereka memiliki sifat kecerdasan yang tinggi dan daya fikir yang tajam bagi mengemukakan keterangan dan hujah yang jitu sehingga manusia dapat memahami dengan jelas apa yang disampaikannya.
Selaian daripada itu para rasul adalah berasal daripada keturunan yang terhormat, mulia dan disegani oleh masyarakat.  Bukannya daripada keturunan yang rendah dan hina atau keturunan anak zina dan hamba sahaya.Mereka mempunyai paras rupa dan bentuk badan yang sempurna tidak mempunyai kekurangan dan kecactan.

Sifat-Sifat Ja jaiziz Bagi Rasul.

Sifat Jaiz (harus) bagi rasul – Rasul dan nabi adalah manusia biasa, justeru itu mereka sama seperti kita.  Mereka memiliki segala sifat kemanusiaan. Meraka memerlukan makanan, minuman, berkahwin, tidur, atau dijangkiti penyaki.  Namun demikian segala sifat kemanusiaan yang mereka miliki itu tidaklah menjejaskan atau menjatuhkan taraf kenabian dan kerasulan mereka.

Jumlah Rasul-rasul.

Jumlah rasul-rasul dan nabi-nabi adalah banyak.  Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui bilangan mereka itu.  Setiap rasul adalah nabi tetapi nabi itu bukannya rasul.  Jumlah para rasul ialah 313 orang.  Hanya 25 orang rasul sahaja yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam.
Firman Alah s.w.t.  dalam Surah an-Nisa’ ayat 164 :-

     وَرُسًلًا قـَدْ قَصَصْنَهُمْ عَلـَيْكَ مِن قَبْلُ وَرُسُلًا لـَّمْ
                             نَقْصُصْهُمْ عَلـَيْكَ.
”Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan beberapa orang rasul sebelummu (wahai Muhammad).  Di antaranya itu adalah kami ceritakan riwayat hidupnya dan  ada juga yang kami tidak ceritakan.”
(Surah an-Nisa’ ayat 164).

Nama-nam Rasul.
Nama Rasul para rasul yang mesti diketahui  seperti yang tersebut di dalam Al-Quran iaitu sebanyak 25 orang adalah seperti berikut:-

             (1). Adam     (ءادم)        
             (2).  Idris (  إدريس)      
             (3)   Noh(نوح)          
              (4)   Hud    (هود)      
             (5)  Salleh(صالح)     
(إبراهيم)      (6)  Irahim             
              (7) Lut            (لوط)
             (8) Ismail(أسمعيل)     
             (9) Ishak(إسحاق)       
             (10) Yaakub   (يعقوب)   
             (11) Yusuf(يوسف)   
             (12) Ayub(أيوب)      
             (13)Syuib(شعيـب )     
             (14) Musa(مـوسى)     
             (15) Harun(هارون )      
              (16) Zulkifli  (ذوالكفلى  )  
             (17) Daud(داود)        
              (18)  Sulaiman(سليمان)  
              (19)  Ilias(إلـياس )         
              (20)  Iliasak        ( إلـيسع)      
              (21)  Yunus(يـونٍس )     
             (22)  Zakaria( زكريـا)     
              (23)  Yahya(يـحـي  )      
              (24)  Isa( عـيـس )           
              (25) Muhammad s.a.w.(محمد صلى الله عليه وسلم )
Ulul Azmi.

Ulul Azmi adalah daripada golongan rasul ada yang digelar “UlulAzmi”, ertinya orang yang mempunyai keteguhan semangat dan kekuatan mental, kecekalan, kukuh pendiriannya dalam menghadapi apa juga cabaran dan dugaan, pantang undur ke belakang walau setapak pun. Mereka ialah:

                a.    Muhammad  s.a.w.(محمد صلى الله عليه وسلم )
.     (إبراهيم)     a.s.    b.    Irahim             
                c.     Musa  a.s.      (مـوسى)      
  d.     Isa             (( عـيـس               
  e.      Noh(نوح)          
Keistemewaan Nabi Mhuhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa keistimewaan.  Antaranya :

a.     Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi dan rasul terakhir.  Tidak akan datang lagi nabi dan rasul sesudahnya.  Firman Allah s.w.t. dalam Surah al- Ahzab ayat 40 :-

مَـا كَـانَ مُحَمَّـدٌ أ َبَـآ أ َحَدٍ مِّن رِّجَالـِكُمْ وَلـَكِنَّ رَسُولَ
اللهِ وَخَاتـَمَ النَّـبِـيِّـنَ. ج.
             ”Nabi Muhammad itu bukanlah bapa salah seorang daripada kamu  
                   tetapi dia adalah seorang rasul Allah dan penyudah segala rasul
                  dan nanbi.”   (Surah al-Ahzab: ayat  40).

b.     Nabi   Muhammad s.a.w. adalah nabi dan rasul untuk seluruh umat manusia.  Ajaran syariatnya bersifat universal (sejagat) untuk semua bangsa, tanpa mengira bahasa dan tempat,  sesuai untuk semua tempat dan zaman.  Firman Allah s.w.t . dalam Surah al-Ambiya: ayat 107 :-
وماأرساناك إلارحمة لـلعلمين.
             ”Tidak Kami utuskan Engkau wahai Muhammad melainkan
     menjadi rahmat seluruh alam.”           ( Al-Anbiya; ayat  107).

c.      Nabi Muhammad s.a.w. adalah semulia-mulia nabi dan rasul. Baginada adalah penghulu segala rasul dan nabi terakhir.

تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلىَ بَعْضٍ مِّنْهُمْ مَّن كَلَّمَ اللهُ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَتٍ. ج.
“Kami lebihkan darjat kedudukan para rasul-rasul itu antara satu sama lain dengan beberapa darjat (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu).  Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan digtinggikannya pangakat dengan beberapa darjat kelebihan.”  (Surah al-Baqarah ayat 253.)

Sekian dahulu, diucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana melayari Bog ini, semoga anda Allah s.w.t. memberikan ganjaran di atas ketaqwaan anda itu.






-------------------------ooooooooooooooooooooooo---------------------

No comments:

Post a Comment